Followers

Women Empowerment 2018

Kalau belum tahu, tahun ini adalah tahun memperkasakan wanita (bukan jadi sasa tapi memartabatkan wanita..apa-apa je la bahasa seangkatan dia...). Yaa...rebut peluang untuk bersama-sama melangkah lebih jauh dalam kerjaya anda pada tahun ni..Check more on TMW18 website..




I tertarik dengan kata-kata Vivy Yusof dalam instastory dia yang berbunyi.... "to eliminate jealousy amongst women, we're all in it together!".

I setuju sangat dengan cara pembawakan Vivy yang humble dan past video dalam you tube yang menasihatkan supaya semua perempuan patut buang perasaan tidak senang antara satu sama lain.

Yaaa..perempuan sangat kuat cemburu...cenderung dengan perasaan dan emosi yang jika tidak dikawal macam mana kita nak melangkah lebih jauh dan maju ke depan. Mungkin bila sama-sama menjadi wanita bekerjaya ada sebahagian kita rasa itu adalah persaingan. No! Kita hidup dalam zon masa masing-masing...ada yang cepat dapat apa yang dia nak, ada yang lambat tapi tetap diberikan peluang dan rezeki untuk itu.

So, janganlah dengki mendengki, ada perasaan tak senang atau perasaan ingin menjatuhkan orang lain. Apa yang perlu buat, usaha untuk dapatkan sendiri apa yang anda nak dan sentiasa berfikiran positif dimana rezeki orang lain-lain dan sudah ditetapkan cepat atau lambat...yang penting usaha, jangan dirisaukan apa yang kita belum ada...

The point is, wanita memang ada sifat itu cuma bergantung kepada kawalan dia sendiri. Selama hidup ni, I jumpa macam-macam jenis kawan yang ada niat nak tengok I jatuh walaupun depan I dia tunjuk baik.

Macam mana nak tahu dia ada perasaan yang tak baik? Contoh..

Bila kita berkongsi cerita gembira nak berkahwin, kawan-kawan susah nak bagi kata-kata sokongan atau pun paling mudah 'tak confirm lagi kan..'. Apa lah salahnnya kalau kita mendoakan kebahagiaan kawan sendiri. Mendoakan orang sama la macam kita mendoakan diri sendiri..esok lusa jodoh kita pula yang sampai..

Bila kita nak usaha belajar sesuatu, kawan-kawan akan menakut-nakutkan kita sampai keluar perkataan 'mana tau kena extend ke macam aku...susah buat research ni..makan masa lama...blablabla'..Apa lah salah kalau kita mendoakan kawan kita tu cepat habis belajar dan tunjuk ajar dia supaya tidak ikut jejak langkah kau.

Bila kita sedang bahagia dengan seseorang atau sedang sambut hari lahir, kita perasan ada kawan yang tak excited pun nak ambil tahu...Nampak sangat la kau tidak penting di hati dia..haha...Kawan yang baik akan sama-sama gembira bila tengok kau bahagia...

Bila nampak orang lain cepat belajar sikit dalam syarikat,mula rasa nak cari kesalahan dia...

Bila nampak ibu bapa lebihkan yang lain..mula rasa nak lepaskan perasaan tak puas hati dan macam-macam lagi...

Kita tengok sendiri orang macam ni pun letih kan, dah tak ada kerja lain ke nak buat.

So....kita semua ni sama je..cukup masa masuk kubur juga seorang diri..tak perlu nak iri hati..tak perlu nak bangga...

Gunakanlah peluang untuk hidup atas muka bumi ni sebaik mungkin dan jauhkan sifat suka tengok orang lain ditimpa musibah macam kita kena (contoh kau dah fail, kau harap orang lain pun akan sama...). 

Mohon diri ini sentiasa dilindungi daripada orang-orang macam ni dan let's all women kita sama-sama memperbaiki diri dan bekerjasama antara satu sama lain. Contoh dalam alam blogger ni..macam-macam kita boleh bantu kawan kita yang baru ni (ehem...) daripada bersaing siapa lebih terkenal dan ramai followers...

Apa yang penting..sampaikan perkara bermanfaat......

Honest Review: Vaseline Intensive Care

I tak berminat nak copy paste trick and trick daripada website orang lain. Ramai dah review pasal kelebihan vaseline ni cuma I nak review dari sisi pandangan I sebagai pengguna je. No need to copy others. Sebab lain orang pakai lain experience dia kan...


I beli original vaseline intensive care ni sebab konon-konon tak nak pakai lipstick, nak bibir merah semulajadi je dan lembab gitu...Selain tu boleh pakai dekat kulit yang kering dan kuku. Siapa nak kuku tangan dan kaki berkilau ala-ala manicure tu rajin-rajin la sapu benda alah ni.


Secara peribadi, it works for short term..mungkin I jarang pakai jadi kesan bibir merah semulajadi tu non-hado...dan I pakai untuk emergency case sahaja sebab ingredient dia kan petroleum (bukan chemical ke tu...). Other tricks I pernah cuba sapu dekat dompet kulit untuk bagi nampak kesan berkilau macam baru beli (berkesan!). Kasut kulit pun boleh...dan kadang-kadang I sapu bawah mata yang gelap (dark circle makin kurang cuma I tak rajin nak pakai selalu..hahaha..apa guna kau buat review ni...).


Okeh la, at least benda ni berguna untuk macam-macam kegunaan. Kalau ada penambahan nanti I akan update semula di sini...