Buffet Ramadhan di Restoran Al-Rawsha

Hi all,

I pergi restoran ni bulan ramadhan tahun 2016. Masa ni I kerja di shah alam. Parents I datang nak berbuka sekali sebab I susah nak balik, cuti I sehari je dan I tak ada kenderaan sendiri. Baru mula kerja...So, adik pun belajar dekat kawasan shah alam. Kami pakat sama-sama nak makan buffet di restoran Al-Rawsha. Sebenarnya sepanjang I duduk shah alam, I tak tau pun ada restoran sebegini gah dan indah. I ingatkan istana takeshi mana la ni..haha..No, I tak pernah nampak restoran ni. Adik I suggest sebab kawan dia cakap makan dekat sini sedap. So, kami pun cuba la. Rate buffet masa tu tak silap RM45 sekepala tapi berbaloi sangat sebab menu arab, portion dia besar-besar kan...

Restoran ni terletak di Seksyen 7 berhampiran Dewan Raja Muda. Boleh guna waze sebab kedudukan dia agak tersorok dari laluan utama. 


The decoration is so nice. Macam masuk istana..ada dua level..level bawah rasanya untuk order masakan ala carte dan kami tak pasti ada menu apa tapi memandangkan dah booking untuk buffet, kena naik level atas. See...the stairs pun rasa macam wauuu..cantiknya..nak buat majlis dekat sini pun boleh..No need pergi hotel.



Gambar bawah ni untuk pengunjung yang nak merasai menu buffet di bulan ramadhan. Walaupun kau datang dua orang je tapi dia sediakan sebuah meja besar untuk booking atas satu nama..hmmm..so comfortable. Boleh ambil makanan banyak-banyak letak atas meja. Buruk lantak pula di bulan puasa..haha..I datang dengan keluarga 4 orang. Itu pun dapat meja besar juga sebab meja tu je yang ada..Tak gaduh la tak cukup ruang letak makanan kan..


Mula-mula I ingat ada la lauk melayu tapi totally menu arab tapi sangat sedap, lain dari restoran nasi arab dekat luar. Tipu la kalau dalam hati tu tak nak makan lauk kampung masa berbuka tapi I just ikutkan je sebab dah booking.

Kalau makanan arab ni, I tak tau apa nama menu dia. I tau nasi arab dan kambing sahaja.. Lain-lain ada salad, sup cendawan, dessert, puding jagung, buah-buahan dan semuanya taste like arabic. Lain sangat rasa dia dan sedap sangat. The most I like minuman yang disediakan adalah teh susu...original teh arab yang ada rempah tapi just nice..memang sedap tak tipu...(not paid review okeh..)





Conclusion, berbaloi keluar belanja makan buffet di restoran ni dengan pemandangan yang indah, facilities pun lengkap. Restoran ni juga ada surau dan mereka mengamalkan solat berjemaah. I tak sure untuk solat terawih pun ada buat juga ke tak. So, next time boleh la cuba makan di restoran ni dan I tak sure kalau pakej dia berubah setiap tahun. Most great iftar di bulan puasa, rasa macam berada di negara arab..

Disclaimer: Tujuan berbuka puasa di restoran yang menyediakan buffet bukanlah untuk membazir atau menunjuk-nunjuk tapi lebih kepada cara untuk meluangkan masa bersama keluarga apabila masing-masing sibuk dengan tugasan harian dan ia bukanlah dilakukan setiap hari, cuma meraikan satu hari dalam bulan puasa dengan merasai suasana berbuka di luar..harap maklum.

No comments:

Post a Comment