Hujung Minggu di Taman Rekreasi

Once upon a time...di suatu masa dulu..waktu ni I masih bekerja tapi hari cuti I sehari je seminggu. Nak balik kampung pun malas sebab habis masa dekat perjalanan je. Sambil-sambil nak rehat tenangkan fikiran, kadang-kadang tu ada juga la rasa nak spend time dengan keluarga. Orang tersayang pula masa tu jauh (sekarang tak sayang dah..haha..). Mujur la adik sambung belajar dekat dengan tempat tinggal I di shah alam. So, selalu la kacau aktiviti dia suruh datang rumah teman kakak dia ni haaa..Forever alone betul rasanya..haha..

Kami memang suka berjalan tapi duit pun cukup makan mana datang kau punya angan-angan nak travel..haha..Masa ni duit gaji dapat dibawa paras kemiskinan walaupun nama jawatan gah dimata dunia. Kemain gitu. Oleh kerana tak beli kereta lagi, tak ada transport dan susah nak bergerak dengan bebas tapi  nak cuti-cuti malaysia juga, otak kena la kreatif. Sini je la tempat kami beriadah..haha..





Biasa orang cakap tempat-tempat macam tasik, taman ni mana ada apa pun tapi bagi pencinta jalan-jalan makan angin, bagi la tempat macam mana pun. Semua indah di mata dia..haha..

Taman Tasik Shah Alam ni sangat luas dan besar dan senyap dan sunyi (masa tak ada orang). Memang ramai la pasangan kekasih datang sini tapi orang yang berkeluarga pun suka datang sini juga sebab ada macam-macam aktiviti boleh buat (kalau kau kreatif la). Selain ada tasik yang luas, ada juga sebuah restoran terapung. Memandangkan kami tapau je nasi ayam penyet yang maha sedap dekat uitm tu, jadi tak tau pun apa menu sedap dekat restoran tu. Order air je lepas tu rancak sembang tanpa mempedulikan mata-mata tauke kedai memandang..Haa..laa sedap je je tapau makanan luar kan.hahaha...

Lepas tu kami main boat paddle menjelajah ke seluruh kawasan tasik. Both of us tak tau berenang, jadi kena la pakai jaket keselamatan. Tu pun I rasa I bakal lemas dalam tasik tu sebab tak ada orang yang expert guide..muahahaha...Jauh imaginasi. Naik boat paddle pun first time, jadi tak pandai nak kayuh. Kejap ke tengah, kejap ke tepi...Isy..kenapa I naik dengan adik I? Should be naik dengan shuben tapi shuben tak nampak bayang lagi. Mujur sangat adik nak teman..hahaha...Selain boat paddle, ada juga orang main kayak dan cruise. Pilih je mana nak sesuai dengan minat dan duit poket anda. Masa I pergi ni semua aktiviti kena bayar dan boat paddle ni tak silap RM25 sekepala selama sejam. Dating la puas-puas dekat tengah tasik tu. Mula-mula I rasa macam sekejap sangat dia bagi temph sejam tu tapi bila dah mengayuh tu semput mak non, tak berhenti membebel bila naik ke darat ni..hahaha...



Kalau tak nak main air pun boleh je beriadah, berkelah dan bersukan dekat taman tu. Ada juga disediakan taman permainan untuk kanak-kanak. In fact, I pernah teman kawan shoot video untuk projek kelas bahasa ketiga. Sambil shoot sambil berkelah. So fun! For me, taman rekreasi adalah satu tempat untuk merehatkan fikiran dan meluangkan masa bersama-sama yang tersayang. Kita boleh share banyak cerita daripada menghabiskan masa jalan-jalan shopping sahaja...I juga selalu teman abah jogging zaman dulu-dulu tapi ni taman dekat dengan rumah la. Mengisi waktu petang dengan bersukan dan beriadah pun bagus untuk mencerdaskan minda. Sekarang je nak kata malas bukan malas tapi lebih kepada tak ada teman dan takut kena culik (di bandar) or takut kena kacau dengan monyet (di tempat belajar).hehehe...

No comments:

Post a Comment