Ikan Patin Gulai Tempoyak di Go'bang Maju Temerloh

Nama je anak pahang tapi I pernah tak gemar makan ikan patin masak gulai tempoyak. I cakap pernah tak gemar sebab dulu-dulu suka je tapi once tengok tok siang ikan patin fresh yang besar tu siap berdarah-darah I jadi geli dah nak makan tambah lagi isi dia yang lembut lembik gitu..

Itu cerita dulu. Suatu hari, kakak dan abang ipar I bawa makan di Go'bang Maju Temerloh..hmm..Nak kata apa..mana ada menu lain dah..tak kan nak ambil telur goreng je kan. So, I pun try makan. Sedap la pula. Sumpah, tak tipu...Sangat sedap, bukan je ikan dia tapi kuah yang dia masak. Tengok gambar dekat bawah ni. Membuatkan kau rasa nak pergi cari sekarang juga. Kuah dia tak terlampau kuning, jadi isi tempoyak tak banyak sangat dan cukup rasa lemak dan pedas dia...fuhhh..Malu mengaku tak makan ikan patin hari tu. Kan dah mengidam.

Menu utama di Go'bang Maju ni memang ikan patin gulai lemak tempoyak je. Jangan nak buat lawak nak order Chicken Chop ke nasi goreng pataya ke. Dia buat set siap-siap, ada telur dadar, sayur dan sambal. I rasa ada lagi menu tambahan cuma I tak tengok. I just serahkan pada abang ipar I untuk memilih sebab dia yang bayar...hahaha..



Restoran ni terletak di tepi sungai bawah pokok besar tepi jalan besar nak ke Bera. Haa..cari la..Google Search location dia tapi memang famous restoran ni. Kalau tanya je mana-mana orang Temerloh, mesti mereka boleh bagi direction yang tepat. 

Maaf, gambar kedai penuh kesilauan. Kamera I tak canggih,ambil waktu malam..Masa dulu-dulu, restoran ni biasa je..kita datang ada orang ambil order tapi demi memenuhi permintaan pelanggan yang tinggi sekarang dah ada sistem ikut barisan sila layan diri. Choose and pick je mana-mana lauk yang rasa berkenan di hati. Hujung sana ada kaunter minuman dan kaunter bayaran. Gitu...punya ramai orang nak melayan kan sampai kena buka kaunter ekspress..


Apa pun terima kasih Go'bang Maju sebab menjadikan I suka balik makan ikan patin gulai tempoyak. Harap terus maju...tapi boleh tak tambah lauk ayam?hehe..Ke I tak tau boleh order?haha.....

1 comment:

  1. Wah, cikla dah lama tak makan gulai patin tempoyak ni... Sedapnya.

    ReplyDelete