Kenapa Saya Suka Perlis?

Baiklah, hari ni I nak buat karangan budak sekolah beberapa ratus patah perkataan kenapa saya suka tinggal di Perlis.hek...I memang dibesarkan di bandar tapi I sukakan suasana yang tenang, mendamaikan dan tak serabut. Perlis tak ada apa pun masa I mula-mula jejakkan kaki. Masa tu I baru nak daftar masuk diploma di uitm arau. C-mart mall pun baru nak mulakan operasi. Mana ada Subway semua bagai...Nak makan KFC pun kena pergi Kangar. No cinema..no MCD..no entertainment...ada bowling tapi dekat Kangar. Nak pergi Kangar dari uitm bukanlah dekat, kena tahan teksi setelah jalan beribu batu jauh ke pintu gate utama dari kawasan kolej..sob..sob..tapi I seronok tinggal dekat Perlis. Makan murah, suasana tenang,no traffic jem (tapi traffic light banyak sangat). Masa I daftar masuk sekolah memandu, belajar memandu pun tenang, tak macam dekat KL. Horrible...hahaha..

So, apa lagi yang I rasa best dengan Perlis ni sampai nak kerja dekat sini dan bina rumah di sini (kesian bakal laki I..haha..)...

Makanan ala siam senang dapat dekat sini tapi kena pandai pilih tempat nanti rasa dia tak sedap. Bawah ni pulut mangga dan cendol pulut (ada macam jenis pilihan nak mangga ke durian ke special ke harum manis ke...). Of course pulut mangga siam lagi sedap dan umphh..tapi I tetap suka Perlis..hehe..




I penggemar makanan seafood, jadi memang elok sangat la dapat datang Kuala Perlis selalu..haaa..bestnyee kalau hari-hari makan dekat Kuala Perlis (tapi bangkrap la..haha..). Memang tempat lain pun ada seafood tapi dekat sini boleh makan sambil tengok laut. I selalu datang waktu petang dah nak senja, boleh tengok sunset dan air surut...Tengok la gambar dekat bawah ni, korang tak rasa tenang,aman damai ke...(tengok je tau, jangan curi gambar..dosa..I dah remind awal-awal..)











Bawah ni satu je gambar makanan laut yang sempat ambil. Selalu nak ambil gambar makanan laut fresh dekat situ je segan..hahaha..Ni I tak tau apa nama dia..rare sangat tu jakun nak ambil gambar sebagai kenangan..kehkeh..Kedai yang sediakan makanan laut sangat banyak, ada yang sediakan pakej, ada yang ala carte. Kalau datang bawa keluarga ramai-ramai better order pakej. Range harga I tak tau sebab I pandai makan je...hehehehe..


Yaaa..restoran makanan laut selalu buka waktu nak dekat senja tapi kalau rasa takut terlepas maghrib, jangan risau sebab berhampiran kawasan ni ada satu masjid terapung. Nama dia Masjid Al-Hussain...Setiap kali datang, mesti nak ambil gambar.heee..Masjid ni besar dan sangat selesa..Masjid ni juga berhampiran jeti Kuala Perlis nak ke Langkawi. Kuala Perlis ni kecil je..pusing-pusing dekat situ juga..Lagi ada terminal bas ekspress, hotel dan kedai-kedai tepi jalan...Oh, kalau datang waktu malam dekat Kuala Perlis ni ada kereta kuda (hiburan untuk budak-budak dan yang rasa forever young macam I..hahaha)



Bawah ni ukiran kubah dalam masjid. Oleh sebab tempat solat perempuan dan lelaki tidak ditutupi dengan tirai, jadi boleh nampak segala ukiran dan seni bina masjid. Tapi ada disediakan ruang khas untuk perempuan pakai telekung dan make-up serta tali rintangan menandakan kawasan wanita solat.


Hijau mata memandang kawasan padi dekat utara tanah air ni. Macam mana la kalau Malaysia tak hasilkan padi dah..penuh dengan bangunan tinggi je. Mesti tak rasa macam ada kampung halaman kan. I rasa untung sangat kalau kampung I dekat sini tapi I bukan asal orang sini tau. Cuma belajar je selalu dapat kawasan utara. Tu yang fall in love tu..ahak..Nak cari calon orang utara tak la kot sebab dah ada yang setia disisi..eceh...



Bagi sesetengah orang, nothing pun pasal tempat-tempat macam ni..empangan timah tasoh, bukit kayu hitam, padang besar, ostrich park, gua kelam...mana ada apa pun..cuma ia adalah nama tempat. Tapi bagi orang yang berjiwa sentimental macam I, bagi la tempat macam mana pun, as long as tempat tu boleh meninggalkan memori bersama keluarga, kawan dan pasangan...I will love it very much!




Tasik Timah Tasoh ni dulu ada resort pelancongan tapi sekarang I tengok kawasan tu dah macam terbiar je. Harap pihak tourism malaysia buat sesuatu supaya tempat-tempat yang cantik macam ni tak terabai...I ada banyak gambar berlatar belakangkan tempat-tempat yang I pergi dekat Perlis ni tapi I tak nak reveal muka I buat masa ni..I'm very shy you know..hahaha...Next time, maybe..

Okeh, dah cukup patah perkataan untuk karangan tempat yang saya suka pergi..till next story..have a nice day..

No comments:

Post a Comment