Musim Tengkujuh di Pahang

Experience banjir ni I alami pada awal tahun 2017. Masa ni cuti semester, I balik kampung di pahang dan kampung I ni selalu juga la banjir bila tiba musim tengkujuh. Kadang-kadang teruk, kadang-kadang banjir dua hari je. Kali ni banjir hampir seminggu tapi tak kategori teruk la. Sebelum ni pernah banjir lama sampai terputus bekalan api dan air termsuklah telefon tapi masa tu I tak balik kampung.

Kalau banjir, rumah nenek tak naik air. Banjir di kawasan jalan masuk je. So, kena la prepare bahan masak, gas dan keperluan lain sebelum darurat.. Biasanya dah dapat agak bila nak banjir. Kalau hujan lebat berturut-turut tu cepat-cepat la bersedia..haaa..

Gambar di bawah ni masa I keluar dengan adik dan nenek cari barang dapur di Temerloh. See...air sungai pahang dah naik sampai hampir ke tebing. Ikutkan paras air sungai pahang tu jauh lagi ke bawah tapi masa ni dah hujan lebat beberapa hari. Sempat lagi pergi makan dekat tepi sungai pahang tu..But we so worry bila hujan dah berhenti selalunya air akan naik mendadak...


Cepat-cepat makan, then nak balik rumah, air dah naik dekat jalan keluar masuk. Luckily, masih boleh harung tapi so scaryyyy...what if kalau enjin kereta berhenti tengah-tengah banjir tu?huwaaaa...Tips bila nak redah banjir, tutup air-cond dan tunggu kenderaan berat lalu macam lori then ikut belakang lori tu. Tapi masa ni ada kereta depan tu laju je pintas kami.hmmm...



Selamat meredah banjir, maka duduk la diam-diam dekat rumah sampair banjir reda ye anak-anak..hahaha..Tapi kan.. orang kampung ni lain pula. Setiap kali banjir dia macam ada pesta dekat kawasan berhampiran air naik. Siap pasang khemah jual makanan dan minuman sebab dia...gambar bawah ni la..Semua orang suka tengok air. Apa yang best pun tak tau tapi I pun termasuklah juga..hahaha..It's like banjir pun orang dah tak hairan, mari kita bersama-sama mengeteh di situ..


See..bukan I seorang je orang bandar jakun nak tengok air..siap anak-anak pun riang gembira main air. I be like..errr..tak kotor ke air tu, tak ada jangkitan kuman ke, entah mana-mana la air tu datang kan..hehe...So, parents please watch your child. Its' dangerous biarkan anak-anak main air banjir. Khuatir terkena jangkitan kuman or worst kena ngap buaya..gulpppp...



Ni kategori banjir tak teruk. I pernah alami banjir besar masa zaman sekolah, jalan ni naik air sampai ke paras atas tiang elektrik. Masa tu dah nak buka sekolah dan I terpaksa juga balik. Nasib baik abah I askar, dia tau la jalan hutan estet mana main redah je. Naik kereta Nissan Sunny. Tahan lasak kereta tu walaupun jalan lecak. Jalan hutan tu pintas ke Pekan, dari Pekan baru naik KL. Sangat jauh. I tak tau kenapa parents I gigih juga nak balik. Biar je la I cuti sekolah lama-lama..hahaha..Owh..maybe mereka yang terpaksa bertugas. What a child memory..mana fikir pasal hal orang dewasa..hehe..

Siapa nak keluar ke bandar sebab nak ke sesuatu tempat lain terpaksa la mengharungi banjir ni naik bot. I tak pernah naik dan I tak nak naik bot ni sebab I ada satu perasaan yang macam mana kalau bot tu terbalik.huwaaa..It's happen masa banjir besar dulu sebab aliran air yang sangat deras. 


Orang kampung I sangat rilex menghadapi situasi banjir ni. Mereka dah bersedia dan I see yang banjir ni pun boleh jadi pesta..haha...I tak ambil gambar khemah-khemah tepi jalan tu sebab segan but the situation sama je macam kau pergi pasar malam..haaa..Laluan yang naik air ni pun sangat jauh dari kampung I jadi masing-masing macam bersabar je la..kita tengok pergerakan air macam mana, balik tidur tenangkan fikiran dan just hidup seperti biasa...heee..Apa pun sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan lebih-lebih lagi bila ada bencana alam. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya....

No comments:

Post a Comment