Rainbow Paradise Beach Resort, Penang

Berkesempatan menghadiri alumni uitm suatu ketika dahulu bersama kawan-kawan. Masa ni tak terfikir pun alumni lebih seronok kalau kita datang waktu dah bekerja, dah ada pengalaman dalam industri, dah ada keluarga. Masa tu la boleh bertukar-tukar pendapat sambil menenangkan fikiran. Ni kami main datang je sebab acah-acah nak bercuti sekali..hahaha..Nak lagi ada promosi harga pelajar untuk 2 hari 1 malam. Kita redah je...

The worst experience, naik kereta api (KTM) dari KL Sentral. Ni bukan ETS tau tapi kereta api zaman dulu yang tak selaju ETS dan kurang selesa (kelas ekonomi). Ikutkan nak naik bas je tapi gerak dengan kawan-kawan lagi selamat, ikut je la...Naik malam, sampai pagi buta dekat Butterworth dengan perasaan dan muka yang mamai terus cari surau. Ikutkan nak tidur tapi surau pun tak selesa. So, I terus bersiap mandi segarkan diri...dah cerah sikit baru la jalan beramai-ramai ke terminal feri..


Seronok juga sekali-sekala naik feri..dapat tengok pemandangan laut dan gambar bawah ni boleh lihat dengan jelas jambatan baru pulau pinang.



Trip ni agak penat tapi dah ramai-ramai tu tak la rasa sangat. Macam I cakap, trip ni agak penat sebab sampai je dekat seberang tu, kena naik bas rapid untuk ke hotel di Tanjung Bungah. Well. macam I cakap...alumni ni sesuai untuk orang dah bekerja je tapi masa ni kami sambung belajar lagi, tak ada kenderaan lagi dan semua pun bujang lagi..hahaha...Kami tersalah tekan loceng, jadi bas ni turunkan jauh sikit dari kawasan hotel. Takut terlepas punya pasal.haha...Jadi, menapak la...dan dari jauh boleh capture gambar hotel ni. Gambar ambil sendiri tau. Bukan Google. Mohon credit nama blog ni kalau nak ambil ye.




Sampai je di hotel ingatkan boleh la check in berehat tapi woopss lupa la waktu check in 12 tengahari..huwaaaa...Mana mau melangut di situ, ikut je la ramai-ramai ni pergi cari makan dekat Gurney Mall. I said, kenapa tak jalan pergi Tesco je, ada juga makanan melayu kan tapi tak dilayan sebab masing-masing rasa dah datang jauh-jauh patut pergi berjalan ke tempat macam tu. End up...susah nak cari kedai melayu dan ada la sebuah restoran yang I rasa tak banyak pilihan makanan, terpaksa alas perut je...tak makan heavy la cerita dia...Oh, lupa nak cakap beg kami tinggal siap-siap dekat receptionist..hehe..pengsan kalau nak pikul segala benda ka. Gigih sangat nak berjalan mereka ni.

Lepas check in je..terus ada aktiviti pantai...mana sempat golek-golek u olls...tapi sempat la save gambar di bawah ni untuk kenangan atau idea hiasan bilik dan rumah (suatu hari nanti..insyaAllah..). Bilik pun sangat selesa dan berbaloi dengan bayaran. Bilik sebesar alam ni kongsi dua orang je...





Bilik I ada balkoni dan boleh nampak pemandangan laut yang biru..tenangnyeeee..



I sangat obses dengan bilik air hotel. Well-organized. Haihh..bila nak ada rumah sendiri ni...




Dalam bilik pun ada dapur. Rasa-rasa bayaran yang kami buat tu ciput sangat kalau nak bandingkan dengan bilik yang besar macam ni. Jadi, datang la majlis alumni..ada banyak kelebihan dia tau..


Kolam ikan pun nak ambil gambar...hahaha


So, aktiviti dekat pantai petang tu siapa menang dapat hadiah. Of course la group student menang kan..hahaha...Itu pun dah penat sangat sampai kan event dinner waktu malam tu muka masing-masing dah kepenatan dan mata pun merah sangat walaupun kami cuba tahan..hahaha...Ya, itu la alumni...ada aktiviti macam hari keluarga, makan-makan (wajib sebab dah bayar mahal bagi seorang student..makanan pun sedap sampai nak seludup masuk bilik, terok betul perangai semua..hahaha) dan the main point adalah bertukar idea dan pendapat. Memandangkan kami ni tak ada pengalaman, nak brainstrom pun boleh bagi pandangan dari sudut pelajar sahaja la..lepas tu mata melilau cari makan...Selain tu ada cabutan bertuah dan setiap orang dapat goodies sebagai kenangan.


So...kalau anda dah lama tinggalkan zaman belajar, rajin-rajin la contact kawan-kawan dan pensyarah anda..datang alumni sebab masa ni la kita nak menjalinkan silaturrahim paling penting dan beri idea untuk tambahkan mutu pelajaran adik-adik junior kita...Tapi tidak dinafikan la I suka part makan tu..hahaha...

No comments:

Post a Comment