Rutin Penjagaan Bibir

Hari ni mood nak berkongsi mengenai girl stuff. Dua item ni cukup untuk merawat masalah bibir dalam masa yang sama tampil cantik sepanjang hari gitu. Rasa-rasa semua bibir gegirl sensitif kan. Salah pakai produk sikit mula la kering, mengelupas, hitam, pucat. I pun sangat cerewet kalau nak beli lipstick atau lip balm. Kalau pergi watson tu produk pilihan hati adalah lip smooth Maybelline je. Yang tu je sesuai dari zaman sekolah dulu. Tukar la brand apa pun atau latest keluaran semua tak sesuai, makin kering bibir ada la...

I akan survey dua tempat je sebelum decide nak beli pelembab bibir iaitu watson dan kedai jamu...Kedai jamu ni jual local brand je yang bagi I la lipstick keluaran tempatan ni tak kurang hebat. Sangat membantu melembabkan bibir. Oleh sebab I bukan public figure yang terpaksa bercantik setiap kali keluar, pakai lipstick pun atas majlis tertentu atau tak nak orang terkejut tengok muka ala zombie walaupun dah mandi 5 kali sehari kan..tu yang terpaksa juga la pakai lipstick. Naik seri kata orang..haha..Tapi I tak suka over sangat...so dua item dekat bawah ni je yang I ada dalam wardrobe make up. Lain sila jangan tanya..haha..


1. Vaseline Lip Therapy - Rose Flavour
2. Lipstick Collagen + Madu Kelulut D Herbs 


Lipstick D Herbs tu nampak je colour peach tapi bila pakai dia akan bertukar warna jadi pink merah lembut. Not too bright, not too pale..warna dia just nice macam warna semulajadi bibir yang kemerahan pink gitu. Tak pandai la nak describe. Sila cuba sendiri..hehe...Kelebihan lipstick ni of course la tak membuatkan bibir kering dan lembab tahan lama. Paling best tak menghitamkan bibir sebab function lipstick ni juga merawat bibir yang hitam. 

Lip theraphy vaseline pula I suka pakai setiap hari siang malam sebab dia ala-ala lip balm. Bertujuan untuk merawat bibir juga tapi memberikan warna sedikit. Tak la kawan kau datang rumah terkejut tengok muka sebenar versus bila keluar berjimba kan..hahaha...Botol dia kecil je sebab kesan dia yang sangat bagus untuk melembabkan bibir. Setakat ni dua item ni je yang I rasa worth for my money and my future husband's money..ekeke...Okeh, I tak pakai lain-lain barang yang nama dia lip gloss ke lip matte sebab bagi I function I pakai dua benda alah tu untuk melembabkan bibir dan menaikkan seri je..tak perlu berlebihan gitu...

If u all ada suggestion brand yang bagus untuk melembabkan bibir, do not hesitate to share your thoughts...till then, have a nice day..

3 comments:

  1. salam perkenalan...
    x pernah cuba vaseline tapi katanya bagus.

    ReplyDelete
  2. macam menarik vaseline tu, nak cari lah kat watsons.

    ReplyDelete