Setengah Hari di Pulau Langkawi

3 hari tinggal blog (gulp!). Now nak tutup dengan cerita menarik. Mana menghilang selama 3 hari? Sebenarnya minggu ni minggu exam jadi I struggle untuk exam la cerita dia..tup,tup...parents datang melawat buat surprise ajak keluar makan malam..hehe..Keesokan pula parents ajak jalan-jalan. Nak tolak berat la sebab parents dah datang jauh-jauh, ajak pula pergi Pulau Langkawi..ish...lagi rasa rugi tak ikut. Lagi pun tu ada dalam wishlist I. Dari awal tahun nak jejak sana tapi tak ada peneman..sob..sob..Kirim salam la kan parents nak bagi pergi seorang walaupun I ratu independence..haha..

I ingatkan hujung tahun I akan berlalu dengan I terperap dalam bilik je, masih sama seperti awal tahun..focus study..hidup dengan belajar je. Nak dijadikan rezeki dapat pergi berjalan..walaupun setengah hari..alhamdulillah..pengalaman yang berharga juga.

Sebenarnya Pulau Langkawi ni dah banyak kali datang. Itu yang pergi setengah hari pun tak rasa terkilan sangat sebab semua tempat dah jejak. So, pergi pun sebab nak jalan-jalan cari makan. Breakfast di sebuah restoran yang jual Capati di kawasan C-Mart Arau. Sampai Kuala Perlis dah 10 lebih. Nasib baik ada feri pukul 11 pagi. So, here we go...(pergi sehelai sepinggang je sebab memang aim nak balik petang tu juga..).









I ni mabuk laut. Kalau kena waktu laut bergelora, hujan lebat, melambung-lambung I akan muntah. I takut naik feri tapi kesah ape..nak naik juga. Mula-mula risau juga tak sediakan beg plastik sebab dah ada pengalaman muntah dalam feri. Nasib baik pergi dan balik keadaan laut tak bergelora, tenang je..cuaca pun baik-baik je cuma waktu berselisih dengan bot lain, feri ni akan melambung sedikit dan I dah start rasa gayat..hahahaha...Boleh dikatakan I naik feri biasa je, tak laju macam feri yang I pernah naik dulu. Estimate perjalanan feri biasa adalah sejam.







Perjalanan ke Pulau Langkawi akan melalui pulau-pulau..nampak cantik sangat bila waktu siang. Tips, sila pilih tempat duduk berdekatan cermin tingkap yang bersih. Kalau tak, tak dapat la gambar cantik, gambar kelabu asap je yang terhasil nanti..hahaha...Ni pun nasib baik lagi kami dapat tempat duduk atas. Bagi I, tempat duduk atas lagi selesa daripada bawah sebab duduk bawah rasa bergegar sikit. Mungkin dekat dengan kawasan enjin. So, pergi duduk atas, balik duduk bawah tapi balik dah tak kisah sangat sebab dah penat dan boleh lena. Siap tengok cerita Despicable Me lagi tu..haha..Nasib baik ada TV penghilang rasa bosan bagi sesiapa yang terpaksa duduk bahagian tengah tu kan.


Sampai je di Jeti Kuah, terus cari tiket balik. I tak tau kenapa parents I tak nak ambil tiket terus dekat Jeti Kuala Perlis. Sampai dah tengahari, tapi nak ambil tiket pukul 5.30 petang. huwaaa...I dah risau sempat ke nak pergi jalan tapi ikutkan je sebab pergi sana pun nak makan tengahari je lepas tu balik..hehe..Selesaikan urusan kereta sewa sekali. Sewa kereta Viva je. Boleh la..setengah hari je pun..hehe..Then, tercapai dah hasrat nak makan di Pantai Cenang. Oleh sebab kami tak cari tempat makan best dekat Pulau Langkawi, menonong je la cari nasi campur.haha..Mana rare pun asalkan dapat lunch di Pulau Langkawi bunyi dia. Bukan senang tau balik hari lagi tu..haha..

Habis makan, laju je abah drive.. rupa-rupanya dia nak naik juga Sky Cab dekat Gunung Mat Chincang tu..haha...Sempat ke? Sempat beb. It's all about time management. Tapi memang rushing pun...I pernah naik dah masa tahun 2011. Masa tu Sky Bridge free lagi tapi jual mahal tak nak pergi (semput berjalan jauh bebenor). Sekarang dah kena bayar, tengok je la dari jauh...Lain kali pula pergi..ehehe..Bawah ni gambar pemandangan sebelum masuk ke tempat membeli tiket cable car. So, ada kisok jual cenderahati, kafe dan juga surau.





I rasa jauh pula nak masuk ke dalam dari tempat parking kereta. Terpaksa melalui Oriental Village ni tapi pemandangan dia sangat cantik... 









Harga tiket bagi warganegara Malaysia RM40 untuk naik cable car, masuk 3D Art Museum dan Sky Dome. Tak silap I hari tu ada pakej 4 in 1 tapi bila check website pakej dah lain. Boleh tengok pakej di SINI. I ingatkan yang pakej untuk Sky Cab ni dah berubah-ubah sebab bila baca blog orang lain, mereka bayar untuk pakej lain dan harga lain. So, rajin-rajin la check website sebelum pergi bercuti. Rancang percutian anda..Macam parents I jenis gamble..main redah je kalau nak berjalan. Mana nak tidur pun redah je..tak main la check in website Trivago..ahaha..Oleh sebab orang sponsor jadi I pun malas nak check situ check sini cuma tolong cari jalan je sebab last pergi tahun 2011, dah tak ingat rupa jalan ke Gunung Mat Chincang ni. Hampir tersesat ke Gunung Raya.ahaha...

Sila jamu mata anda dengan gambar cable car di bawah. I punya la berdegar-degar cakap ada 3 stages rupanya dua stage je..haha...Kalau kira dari bawah jadi la 3 stages. Punya la nak cakap cable car ni tinggi dari cable car Genting Highland. But now I dah tak ada sindrom pening-pening semput tu bila naik tempat tinggi.. Apa pun rasa gayat dia..hehe..





Kita boleh turun dekat middle stage tapi tak boleh turun dari atas. Maknanya masa naik je boleh singgah, kalau terus ke final stage nak turun semula ke middle stage adalah dilarang sama sekali..Apa boleh buat dekat atas ni selain bergambar? Boleh makan-makan sebab ada kafe dan bagi sesiapa nak cuba baik Sky Bridge atau jambatan gantung tu boleh turun final stage (tapi kena bayar dah..).





Sekejap je di atas, ambil gambar sebagai bukti, turun semula..tak masuk pun tempat-tempat yang dibayar ikut pakej tu..sob..sob..rugi kan. Next time, kalau nak datang boleh la peruntukkan masa sehari suntuk hanya di Sky Cab. In fact, kawasan Sky Cab ni pun ada hotel dan macam-macam lagi tempat menarik. Rasa-rasanya kalau nak berjalan duduk sini pun dah cukup puas tapi tak ada pantai la. Gambar di atas tu, pemandangan belakang cable car adalah kawasan rekreasi Telaga Tujuh.

Tepat pukul 4.30 dah sampai bawah dan nak gerak balik. Kalau naik terus dari bawah ke final stage makan masa 15 minit je, jadi turun naik setengah jam je..Tapi kan kenapa I rasa dulu macam lagi tinggi macam lagi banyak stage..ahahaha..

Sampai Jeti Kuah jam 5 petang. Sharp kan sebab abah I tentera. Bab masa jangan main-main woo..bila dia dah aplikasikan sifat ketenteraan tu setengah hari pun boleh jejak ke Gunung Mat Chincang. Kalau orang lain dah tertinggal feri rasanya..haha..Gunung Mat Chincang ni agak jauh juga, ambil masa setengah jam dari Pantai Cenang dan boleh jadi lagi jauh kalau ikut jalan lain.


Naik feri 5.30 petang, sebelum tu meninjau barang-barang dekat Jeti Kuah. Maklumlah, kalau orang tau kita berjalan, macam-macam nak ditempah dan I dah rasa terpukau dengan barang-barang hiasan dapur dekat Haji Ismail Group tu..auwww..Future husband, nanti kita cari barang dapur dekat situ ye, murah-murah dan cantik-cantik (kenapa dahjadi sindrom mak-mak sangat ni..haha).

Sampai je Jeti Kuala Perlis, terus cari masjid sebab I tak jama' solat asar sebab tak yakin boleh jama' ke tidak sebab I tinggal dekat-dekat situ je..ahaha...So, Masjid Al-Hussain, we meet again..(kenapa tak jumpa jodoh dekat sini..ahaha..). I rasa tenang sangat dapat solat dalam masjid ni..alhamdulillah..Nikmat mana lagi yang kau dustakan..Semuanya cukup dan serba lengkap.


Lepas solat maghrib, cari makan lagi di Kuala Perlis. Kali ni dinner. Tamat episod jalan-jalan cari makan..haha...Makan malam di tepi pantai dengan angin laut sepoi-sepoi bahasa...tenang sangat. Siap bungkus ikan masak 3 rasa dan terung masak sambal berlada. Biasa la..duduk kolej..masa ni je la nak makan sedap-sedap. Hari biasa tak cari dah ikan masak 3 rasa ke ika bakar je. Budget ketat.haha..

The end of 2017! Sesungguhnya setiap kesulitan pasti ada kemudahan. I selalu yakin dengan kalimat ni daripada tafsir Surah Al-Insyirah. Apa pun dugaan yang datang sepanjang tahun 2017, Allah pasti akan gantikan dengan kesenangan dan nikmat lain. Jadi...jangan risau dengan apa yang mendatang, risaulah dengan apa yang telah kita amalkan untuk jadi bekalan di akhirat..

Salam sayang dan semoga tahun 2018 lebih baik dan bermakna...

Selamat tahun baru kawan-kawan!

1 comment: