Skin Care : Eversoft

Hello guys,

Selamat tahun baru!

Hari ni nak share produk Eversoft (not paid review). Sebelum ni I pengguna setia Safi tapi since umur dah makin meningkat, kulit cepat kering setiap kali mencuci. Yaa...kulit I sangat kering like dry to very dry skin. So, tanda-tanda penuaan tu lebih jelas kelihatan..huwaaa...Belum 30 lagi dah tua...

Macam biasa, puas mencari produk yang sesuai dengan jenis kulit dan budget bulanan....I mula cuba new skin regime dari Eversoft ni walaupun tak pernah sepanjang hayat I terfikir nak cuba pakai brand ni.


1. Mullberry & Hyaluronic Acid Whitening & Hydrating Cleanding Serum
2. 100% Organic Tomato Micellar Cleansing Water

Hu...panjang betul nama pengenalan dua produk di atas..hehe..I think this is the latest skin care series daripada Eversoft. For Cleansing Serum, tekstur dia smooth, bau light milk, pump sikit je jadi boleh tahan lama penggunaan dan tidak mengeringkan kulit wajah selepas mencuci. Mullberry extract membantu memperbaiki tona kulit, mengurangkan bintik-bintik dan parut dan mencerahkan kulit. Selain tu, mengembalikan seri untuk kulit wajah yang kusam dan kering. Hyaluronic acid pula sangat membantu melembabpan kulit wajah sepanjang hari. Most important, no parabens, alcohol, mineral oil, animal testing, triclosan and SLS (all natural and organics).

Micellar Cleansing Water pula boleh digunakan sebagai penanggal mekap dan juga toner (ada dalam instruction), tekstur smooth, pump sikit pun dah boleh tanggalkan mekap dan tidak perlu dibilas. Sama juga organic ingredient..no parabens, alcohol, mineral oil, animal testing, triclosan and SLS. Sangat sesuai untuk kulit sensitif sebab diperbuat daripada pati tomato asli yang membantu menanggalkan kekotoran di wajah dan dalam masa yang sama membekalkan antioksida. Selain tu terdapat juga Bio-Hyaluronic acid yang membantu melembabkan wajah...tak macam make-up remover lain yang mengeringkan kulit wajah.

Okeh, setelah sebulan penggunaan....

Cleansing Serum
  • Muka lebih lembab dan cerah berseri (like korean glowing skin)
  • Bintik-bintik hitam berkurangan dan parut pudar
Micellar Cleansing Water
  • Kulit jadi lebih lembut dan lembab
I sangat recommend both item ni bagi sesiapa yang ada masalah kulit kering atau combination. Kalau ada duit lebih boleh pakai dekat anggota badan yang kering juga..ahaha..tapi I kena berjimat, so both item ni sangat worth for my money...I guess Micellar Cleansing Water ni boleh tahan berbulan-bulan lamanya sebab satu botol ni 300ml, I pun bukan jenis heavy make-up sangat. Sometimes just apply sebagai toner je. Cuma Cleansing Serum 150ml I think dapat bertahan selama 2 bulan sebab I kerap juga pakai (paling best tidak mengeringkan kulit).

So, congrats Eversoft sebab berjaya menghasilkan satu produk berinovasi yang berjaya menarik perhatian I dan sangat berbaloi untuk digunakan dan sangat berbaloi sebagai satu investment untuk kamu perempuan..hahaha..

Oh, for those yang ada masalah kulit berminyak pun jangan risau sebab new skin care Eversoft pun ada pelbagai variasi. Yang I share ni of course la yang sesuai dengan kulit muka I (dryyyyy...) dan sesuai untuk kulit normal yang nak nampak putih (tapi ni putih glowing like very healthy skin...I tak nak tunjuk muka..ahahaha..).

I rasa berkesan sebab dah ada kawan-kawan tegur yang kulit I semakin cantik. Okeh la..itu je rahsia dia...

Till next post, have a nice public holiday!

1 comment:

  1. teringat dulu waktu usia awal 20an bila ckp pasal umur 40an..ishh tuanya tapi bila diri sendiri masuk umur 48..ehh muda lagi..hehe.
    Anyway selamat berkenalan dan good sharing

    ReplyDelete