Muhasabah Diri: Kenal Pasti Aura Di Sekeliling

Hai,

I'm come back...hehe..

So many negative talk. I'm surrender. Yass...kena pergi bercuti daripada habiskan masa dengan orang -orang macam ni.

As I mention in one of the post, sekarang ni I dalam proses untuk siapkan research paper. In early stage tapi insyaAllah boleh siapkan dalam masa ditetapkan sebab I tak perlu proposal defense cuma ada viva sahaja...

Kenapa I cakap pasal negative talk?

Bila berkawan ni ada kawan yang positive dan ada yang negative. Kawan yang positive susah nak jumpa selalu sebab mereka focus untuk menghabiskan kerja mereka dalam waktu yang ditetapkan dan mereka akan sentiasa mendorong kita untuk siapkan kerja kita cepat-cepat.

Kawan yang negative akan cari kita, ajak kita lepak-lepak dan cerita semua masalah adalah berpunca daripada orang lain..

Come on...

Kematangan seseorang memang tidak diukur daripada sejauh mana dia belajar tapi daripada sejauh mana dia memahami pengalaman dia yang lepas.


Pencarian Bloglist Azah Rahaman 2018

Lama dah owner menjemput join segmen ni tapi sibuk dengan research..baru ni nak update..hehe..Harap sempat lagi untuk terpilih sebagai salah satu bloglist dalam blog Azah  ni.

Syarat-syarat simple je...Klik SINI.


1. Done follow blog


2. Done masukkan dalam bloglist


3. Komen blog Azah Rahaman

Tiada kritikan sebab everything is perfect! Nampaknya I kena belajar dengan Azah untuk buat template blog cantik-cantik lepas ni..hehe


Rajin vs. Pandai

Masa sekolah dulu cikgu selalu tekankan usaha tangga kejayaan kan.

Kenapa cikgu tak cakap pandai tangga kejayaan? Kalau la semua orang boleh berjaya dengan pandai sahaja tak perlu la berusaha datang ke sekolah untuk belajar, tak perlu susah payah buat latihan sebab dah pandai...boleh jawab soalan sambil makan kacang kuda..

Kenapa dah habis SPM orang susah payah masuk universiti sambung belajar?

Kenapa dah kerja pun sibuk-sibuk nak pergi kursus asas peningkatan diri dan kursus itu ini...

Kenapa kalau tak pandai pun masih perlu berusaha untuk belajar kemahiran lain-lain?

Nampak tak USAHA di situ memainkan peranan yang sangat penting dalam hidup kita. Nak makan pun kena usaha suap sendiri, kalau tak kebulur la sorang-sorang...

Ya, orang pandai selalu dilihat boleh pergi jalan shortcut untuk berjaya bergantung kepada macam mana dia gunakan kepandaian dia. Kalau pandai menipu, pandai kelentong...tak lama la hidup dalam kebahagiaan tu..

Tahukah anda, mencapai sesuatu dengan usaha dan penat lelah sendiri adalah satu kepuasan. Bila kita sedar yang kita tak pandai, tapi kita tetap usaha untuk belajar sesuatu perkara..lama-lama kita tetap akan jadi pakar...

Tak percaya? Cuba tengok berapa ramai orang yang kurang pandai sekarang dah jadi billionaire pun...Sebab dia ada usaha nak ubah nasib hidup dia,sebab dia tau dia tak pandai tapi nak hidup senang...

Kalaulah kita rasa diri kita dah cukup pandai..dah tak perlu belajar lagi agak-agak berjaya ke hidup kita dimasa akan datang? Pasti akan ada perubahan dalam kehidupan yang memerlukan kita untuk terus kekal belajar. Belajar bukan sahaja on paper...macam-macam benda anda boleh explore dalam dunia...ilmu yang diturunkan kepada manusia ni ibarat buih-buih dilautan...Nampak tak betapa luasnya ilmu tu?

Cuma tengok gambar dibawah, agak-agak kalau kita tak rajin dan tak ada usaha nak belajar, dapat capai ke azam kita tu?




Mek Zumbie 2k18 Giveaway

I ni kalau menghilang tu maknanya sibuk dengan thesis dan belajar la..hehehe..Idea banyak je tapi perlaksanaan kurang sikit sebab target nak balik bercuti..bhahaha...Orang cuti sem I masih di asrama siapkan research paper..huwaaa...mari nangis bersama-sama...

Tapi itu bukan topik utama. Topik utama I nak join giveaway lagi la sebagai pengganti sementara I tengah sibukkan diri dengan thesis yang tidak sudah itu...

Kalau menang nak hadiah buku The Unsung Hero sebab I suka baca buku. Blouse tu macam nak tapi saiz besar bangat...hehe...

Selesai je kerja I, I melawat la blog mana-mana rakan yang belum pernah ketemu di alam maya ni..hehe.  Sila klik banner dibawah kalau nak join. Boleh pilih hadiah mana yang nak kalau ada rezeki menang....


Women Empowerment 2018

Kalau belum tahu, tahun ini adalah tahun memperkasakan wanita (bukan jadi sasa tapi memartabatkan wanita..apa-apa je la bahasa seangkatan dia...). Yaa...rebut peluang untuk bersama-sama melangkah lebih jauh dalam kerjaya anda pada tahun ni..Check more on TMW18 website..




I tertarik dengan kata-kata Vivy Yusof dalam instastory dia yang berbunyi.... "to eliminate jealousy amongst women, we're all in it together!".

I setuju sangat dengan cara pembawakan Vivy yang humble dan past video dalam you tube yang menasihatkan supaya semua perempuan patut buang perasaan tidak senang antara satu sama lain.

Honest Review: Vaseline Intensive Care

I tak berminat nak copy paste trick and trick daripada website orang lain. Ramai dah review pasal kelebihan vaseline ni cuma I nak review dari sisi pandangan I sebagai pengguna je. No need to copy others. Sebab lain orang pakai lain experience dia kan...


I beli original vaseline intensive care ni sebab konon-konon tak nak pakai lipstick, nak bibir merah semulajadi je dan lembab gitu...Selain tu boleh pakai dekat kulit yang kering dan kuku. Siapa nak kuku tangan dan kaki berkilau ala-ala manicure tu rajin-rajin la sapu benda alah ni.


Secara peribadi, it works for short term..mungkin I jarang pakai jadi kesan bibir merah semulajadi tu non-hado...dan I pakai untuk emergency case sahaja sebab ingredient dia kan petroleum (bukan chemical ke tu...). Other tricks I pernah cuba sapu dekat dompet kulit untuk bagi nampak kesan berkilau macam baru beli (berkesan!). Kasut kulit pun boleh...dan kadang-kadang I sapu bawah mata yang gelap (dark circle makin kurang cuma I tak rajin nak pakai selalu..hahaha..apa guna kau buat review ni...).


Okeh la, at least benda ni berguna untuk macam-macam kegunaan. Kalau ada penambahan nanti I akan update semula di sini...

All About Body Care

Setiap kali tengok drama melayu, mesti ada babak dia tunjuk bilik air ada set mandian mewah (satu je..drama Donut..keman nak mention semua drama macam tu..ahaha..). I jenis yang suka tengok set barangan penjagaan peribadi orang tapi nak beli untuk diri sendiri tu pemalas kuasa dua..haha....So, I cuba la hidup bersederhana..tak mewah jenama Body Shop pun tak apa janji badan wangi, bersih dan kemas dan...jimat...haha...

Don't be surprise.. I guna sabun buku ni je..ada 3 ketul setiap kali beli. Ada orang cakap sabun buku mengeringkan kulit tapi depend pada jenis dan kualiti sabun tu sebenarnya..Kalau nak pakai sabun buku, cari la sabun yang diperbuat daripada bahan yang melembabkan kulit macam olive oil, aloe vera dan lain-lain (google sendiri). 

I dah test beberapa sabun buku..macam sabun anti-bakteria tu ada potensi mengeringkan kulit dan sabun yang diperbuat semata-mata fungsi dia untuk mewangikan je yakni (wah..yakni gitu...) bahan macam bunga mawar je ke...tu kena perhati betul-betul sebelum membeli ye kawan-kawan. So far, I setia dengan sabun dibawah ni yang satu je...



Seminggu sekali baru sental badan dengan Body Scrub dari Sumber Ayu. Bau susu..sedap sangat...rasa nak makan..haha...Oleh sebab I pakai sabun buku, jadi I perlukan scrub untuk buang kulit mati. Kulit mati la menyebabkan badan kita berdaki dan jadi kusam..lama-lama hitam..Siapa yang rasa mandi macam tak berapa nak bersih tu pakai  je skrub badan, terus rasa macam dapat kulit baru yang licin dan gebu dan wangi...Haihhh..cerita pasal ni rasa nak pergi mandi lagi..hehehe..I perasan selepas guna skrub ni kulit dah tak kering sangat...


Nampak macam krim tapi ada butir-butir manik skrub. Skrub ni ada pelbagai variasi selain susu (melembab) ada bengkoang (memutih) dan bunga mawar (melembutkan kulit).



Lepas mandi nak wangi lagi I suka pakai bedak baby...Bau natural, soft and smooth. No perfume sebab setakat ni I tak jumpa lagi perfume yang yang tak memeningkan kepala dan....tak rajin nak pakai...haha...Bedak baby ni pun boleh jadikan bedak muka in case emergency nak turun beli makan dekat kedai bawah kolej tu je...Motif apakah berbedak beli makanan?hahaha...Biasa la kaum perempuan gitu..


Bab pelembab ni I sangat particular sebab kulit I cenderung kering (selalu kena penghawa dingin dan mandi air suam ekekeke...).  Lain-lain pelembab badan tu menipu sahaja sebab tak ada kesan melembab pun, memutih tu mungkin ada tapi I tak nak putih, I nak kulit yang sihat...Nak tak nak invest juga la dekat Nivea ni (mahal giler harga dia...I dah la kedekut..). Tapi berbaloi la pakai pelembab Nivea ni sebab terbukti melembabkan kulit dan bau pun soft je. I suka pakai sebelum tidur, bangun pagi melekat bau soft dia dekat selimut..hehehe...Mahal pun mahal lah janji pelaburan I berbaloi..kehkeh...

Apa rutin penjagaan harian anda pula? Boleh share di ruangan komen dibawah...

CC Cream Olay Pore Minimizing

Introduce....CC Cream with sunscreen Olay Total Effects. Sebenanrnya I cari BB Cream. Sekali lalu depan CC Cream ni terus terpukau, terus terbeli, terus terpinga sebab muka I ada problem jerawat (waktu tu awal-awal masuk sambung belajar). Yang paling sesuai adalah BB Cream sebab ia mampu merawat masalah jerawat sekali tapi gatal nak CC (colour corrector) juga... Ni dia...siap ada hasutan pore minimizing..ahahaha...



Apa perasaan setelah terbeli dan terpakai? Not bad...Krim ni ada sunscreen with broad spectrum SPF 15. Boleh la melindungi kulit wajah. Compare dengan Doll Skin Foundation, krim ni agak light dan bila pakai tu muka kau jadi bersinar-sinar umpama sinaran rembulan..Betul..tak tipu..muka ada seri sikit la. Kata broad spectrum kan, jadi dia bias balik la cahaya yu..ekekeke (apa I merapu ni).

Lama juga I simpan krim ni. Dah setahun lebih, ada lagi...sebab I pakai sikit je nak pergi kelas (motif sangat pergi kelas cantik-cantik..ahahaha...). Kena la jaga penampilan kan. Mana tau jumpa HR Manager, boleh terus minta kerja..hehehe..

So, krim ni sesuai dengan kulit kering, tak perlu dap dap pelembab dah...

Sekian...

Doll Skin Foundation

Hai,

Introduce Doll Skin Foundation...! Brand Sendayu Tinggi ni memang dapat sambutan hangat. Okeh, produk ni tok I perkenalkan...(moden tok I siap pakai foundation). I minta tips nak bagi kulit flawless, dia suruh pakai foundation ni...ekekeke...sebab dia nampak anak dara kawan dia pakai produk ni kulit dia tersangat la licin macam doll.

Okeh ni bukan produk penjagaan wajah tapi kosmetik. Bila sebut kosmetik, fungsi dia cuma tutup apa-apa yang kurang di wajah anda tu je tapi sangat puas hati sebab dia full coverage. Makna dia, semua freckle, mata panda, parut jerawat dapat ditutup dengan sempurna. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai foundation tapi sebagai concealer dan sunblock.

I pakai code So Sweeeeett...hehe...I pun tak pandai nak pilih warna yang sesuai dengan kulit muka, main beli je tapi so far nampak flawless cuma putih sikit dari biasa. So, I pakai produk ni bila ada event or bad face day..ahaha..Eh, nak kahwin pun I recommend pakai ni je, tak perlu invest macam-macam sebab dia memang membuatkan muka nampak flawless which is I like bila ada kawan tanya tiba-tiba...'apasal muka you flawless dah'. Haa..ni trick dia....



Apa pun I lebih suka natural skin. Yang tu kena la jaga muka supaya selalu lembab dan lembut...I pakai ni in case emergency je. Nak apply pun senang dan tak melekit. Kalau kulit anda tersangat kering, I cadangkan sapu pelembab atau oil dulu supaya mekap tak crack. 

Paling penting, lepas pakai ni kena basuh muka betul-betul, sental sampai tanggal sebab foundation ni boleh membuatkan pori-pori kulit tersumbat. I rasa kalau tak nak pori tersumbat, kena sapu primer sebelum pakai mekap tapi I kan kedekut...hahaha..Memang tak rajin nak beli macam-macam benda tepek dekat muka tapi nak juga mekap sikit bila ada majlis kan...Baru la rasa confident level tu sama tinggi dengan corporate female board of director...hahaha...Ni penangan buat research..sila abaikan apa-apa yang I merapu.

Okeh, nak share tu je...

Foundation ni boleh dapatkan di watsons outlet, sendayu tinggi outlet dan website, dan juga lazada....

Selamat mencuba...

Complete Goal Planner 2018

Murah rezeki tahun ni dapat planner cantik dan all-inclusive..alhamdulillah..semoga dimurahkan rezeki sahabat...Ingatkan nak pakai buku latihan matematik biasa tu je, yang ada kotak-kotak kecil tu sebab tak jumpa planner yang betul-betul memuaskan hati. So, pakai buku biasa senang nak buat kotak ke nak conteng ikut suka sendiri kan...asalkan goal achieved!

Tiba-tiba ada kawan ni murah hati nak hadiahkan planner untuk setiap kawan dia..mungkin sebab dah last semester..dah tak ada kelas..jarang jumpa..jadi dengan planner ni jauh di mata dekat di hati la kot..haha...

Apa pun berterima kasih sangat sebab planner ni memang lengkap dan senang nak catit apa-apa je yang terlintas dekat kepala. Jom tengok apa isi dia...I dah lupa mana kawan I ni tempah (ada dekat instagram) tapi yang pasti tahun depan nak pakai planner macam ni lagi...Ke nak tukar corporate image dah?haha...

Tips Mudah Halau Cicak

Baru lepas berperang halau cicak. Masih trauma, masih teringat-ingat cicak tu berkeliaran dalam bilik ni. Tu cicak yang berjalan atas lantai, warna kelabu, saiz sederhana..huuu....I tak tau cicak apa yang pasti dia telah mengganggu ketenangan hidup I sejak beberapa minggu ni. I dah pernah halau dia keluar sekali tapi dia datang balik dan I decide nak beli spray serai wangi jenama Afy Haniff tu sebab dekat rumah memang pakai spray u untuk halau semut. I mean halau...I tak ada niat nak membunuh..huhu...

First try, dia tak nak lari, lari sampai depan pintu bilik terus patah balik dan menyorok. I ingat dia dah keluar tapi masih trauma mana tau tiba-tiba ada menjalar..eeeuww...I hate cicak! I rasa insecure sebab I tak nampak dia keluar hari tu. Hari ni tengah I bersemangat nak buat research proposal, dia pun bersemangat nak sapa I, tiba-tiba je menjalar dekat kepala katil. OMG!!! Selama ni dia ada la..dia tidur sekali dengan I ke apa...huwaaaa....Kenapa, kenapa dia pilih bilik I sedangkan I selalu mop lantai dan buang sampah setiap hari. Cicak tu seekor je suka datang tanpa di undang. Haiwan lain mana pernah masuk bilik I setakat ni. Cicak dinding warna coklat tu pun tak pernah.

I risau dia cicak jelmaan (ada ke..) Oleh tu I cakap elok-elok suruh keluar dia degil, I spray light-light pun degil juga. Hari ni I pakai cara kasar, I siram terus air serai wangi tu seluruh bilik ni, tak ada spray dah (oh, kepala spray Afy Haniff tu selalu bermasalah...bila spray banyak kali, spring dia tercabut..masuk kali ni dah dua kali I kena...harap pihak QA Afy Haniff pantau la pembuatan kepala spray tu).

Sumber : Google

Oleh sebab susah nak spray, I pergi curah satu bilik. Mana pun cicak tu menyorok dia pasti keluar. Dia jadi macam mabuk pun ada. So, I terpaksa tolak keluar guna penyapu. I hope dia mati dah la...(dapat pahala ea bunuh cicak). I baca dalam internet serai wangi tu juga boleh menghalau atau membunuh cicak kalau spray tepat dekat cicak tu. Apa pun, tu lah sejenis makhluk yang paling I benci. Semua barang yang terkena dia mesti I cuci bilas pakai sabun lain-lain jenis. Sangat penggeli dengan cicak. 

Okeh, lepas ni boleh prepare spray serai wangi tu walaupun ada masalah dengan kepala spray tu at least berkesan mengatasi masalah fobia cicak I ni..huhu...

Make-Up Organizer

Selalunya gegirl punya barang ni penjagaan wajah ni sangat la banyak. Kadang tu bersepah letak atas meja. Baru je susun, bila nak pakai dah berterabur balik. I jenis yang nak kemas je setiap masa, bila nak kena ulang kali kemas meja solek tu rasa leceh juga tambah lagi duduk kolej mana ada meja mekap, susah sangat nak uruskan, I beli je basket comel bawah ni..jimat pun jimat walaupun tak nampak mewah sangat asalkan barang-barang I tersusun sudah, tak ada la lipstick jatuh tergolek-golek dekat bawah katil..hahaha...


Okeh, ini je yang I pakai..Sangat la praktikal dan senang dibawa kemana sahaja..ahaks...

Segmen : REALSVIORS Bloglist!

Rajin kakak join segmen sejak stress exam ni..haha..Segmen kali ni bukan sahaja dapat jadi bloglist (kalau bertuah) tapi juga ada review blog (kalau bertuah). Macam mana nak join? Senang je..klik banner di bawah dan ikut la arahan tuan blog. Simple je arahan dia..apa lagi kalau bukan follow-memfollow (sebagai tanda sokongan kepada blogger) dan ceritakan azam tahun ni...(sila baca dibawah banner).




Azam 2018:

1. Graduate Master on time (dijangka bulan jun)
2. Dapat kerja tetap dan stabil (dah tua..tak nak kerja main-main dah..)
3. Bertunang (kalau ada rezeki lebih kahwin terus..haha)
4. Healthy diet (macam tak jalan je azam ni sebab dah seminggu teguk juga air manis)

Doakan semoga dipermudahkan urusan I dan dimakbukan segala hajat..aminnn....

Latest update (15/1/2018):

Segmen dah pun tamat dan.....blog S Diaries dah terpilih masuk dalam bloglist. Terima kasih owner blog Realsviors...





Where to Stay? : Rompin Beach Resort

Oh, rupa-rupanya ada resort dekat Rompin ni. Sangat jarang datang selatan Pahang jadi tak tahu pun ada tempat menarik di situ. Menarik ke?ahaha...Boleh la untuk buat hari keluarga, berkelah dan mandi pantai...Penginapan di Rompin Beach Resort. Rumah chalet yang sangat besar macam gambar di bawah ni. 4 bilik boleh muat 5 buah keluarga. Katil pun besar cuma waktu malam rasa seram sikit la kawasan chalet ni..hehe..Chalet ni pun terletak berhadapan dengan pantai dan terdapat sebuah kolam renang khas untuk dewasa dan kanak-kanak. Ya, siap ada gelongsor lagi bagi mak budak yang nak main air..haha..




Selain mandi pantai dan kolam renang, ni la aktiviti kami..bakar-membakar ayam, sotong, ikan...Malam-malam pergi bergosip dekat bilik sebelah sambil buka cerita seram..heee..Setiap bilik ada pakej sarapan pagi yang boleh tahan sedap menu dia. Hope tahun ni ada la hari keluarga yang lagi meriah..hehe..

Pencarian Bloglist 2018 Blog FarhannaJafri

Setelah tamat segmen giveaway semalam, hari ni I nak join segmen bloglist pula untuk menambahkan lagi rakan-rakan blogger..Cara nak join, klik banner di bawah...dan marilah kita follow sesama kita. Jangan lupa blogwalking bila dah follow tu ye. Selamat bersegmen guys..


Blog Farhana sangat cantik, kemas dan tersusun. Macam mana nak buat template macam tu ea..Boleh ajar tak?hehe...Cuma part footer bawah tu buat background sikit sebab transparent tak nampak title untuk post yang lepas-lepas.

Itu je...semoga berjaya dalam dunia blogger..

Latest update (15/1/2018):

Segmen dah pun tamat dan S Diaries dah jadi sebahagian bloglist Blog FarhannaJafri....Terima kasih daun keladi kepada tuan blog...hehe...


Place to Visit : Terengganu

Bagi sesiapa yang merancang bercuti ke Terengganu, jangan lupa check-in Hotel Tanjong Vista di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung Kapur, Kuala Terengganu. Apa yang menarik, dari kawasan kolam renang hotel ni boleh lihat pemandangan laut. Kolam renang ni pun agak tertutup, ala-ala private berdekatan kawasan gymnasium. 



Koleksi Produk Safi

I adalah pengguna setia produk Safi dari zaman muda remaja belia lagi. Masa tu kenal Safi je. Biasalah, harga produk Safi kan ekonomi untuk budak-budak sekolah dan paling penting berkesan memutihkan kulit macam kakak-kakak senior (pengaruh rakan sebaya).

Bila dah besar sikit, teringin lah nak pakai produk jenama lain macam model iklan dekat tv tu tapi susah nak serasi..lama-lama balik semula dekat produk Safi. Setia hujung nyawa gitu. So, Safi patut lantik I jadi duta produk dia..ahaha...Bawah ni barang asas penjagaan peribadi macam syampu, perapi rambut, ubat gigi, deodorant dan pelembab muka semua guna jenama Safi. Kalau ada sabun entah-entah dah pakai sabun Safi agaknya...


Simple je kan I ni..hehe...So far, bila I guna produk mahal-mahal, kesan dia tak sebaik guna produk Safi. Cuma pencuci muka je I rasa lebih serasi dengan Eversoft. Tapi dua jenama ni bawah keluaran Winpro Unza juga kan...Haa..tengok, siap buat research company lagi...

I teringat orang pesan, kalau kita dah biasakan diri kita guna macam-macam produk dan demand yang mahal-mahal nanti lama-lama kulit kita pun jadi macam tu. Maksud dia...kulit kita pun demand lah. Bila nak tukar produk harga ekonomi sikit susah dah nak serasi..Kalau dah biasa suntik kolagen, nanti kalau tak suntik dah kulit jadi lagi worst. Kulit kita ni pun manja tau, jadi jangan biasakan dia disuap dengan benda bukan-bukan. Pernah tengok tak, ada orang nampak cantik sangat kulit dia, bersih je..tapi bila check, dia tak pernah pakai produk apa-apa pun..haa...lebih kurang macam tu la maksud dia...

Pendapat peribadi I mengenai produk Safi di atas:

Where to Stay? : Tiara Labuan Hotel

Meh nak kongsi satu tempat penginapan di Pulau Labuan. Hotel ni terletak di Jalan Tanjung Batu. Konsep dia ala-ala chalet tapi besar dan penuh dengan pemandangan hijau. Cantik sangat! I sempat ambil gambar bilik je, lupa nak ambil gambar pemandangan dari luar. Lagi pun masa I pergi ni zaman handphone tekan-tekan. No android. Kamera pun tak canggih...asal ado...but worth to stay di Tiara Labuan Hotel. Check it out...


Non-Woven Facial Puffs

Setelah sekian lama, baru kali ni I rasa suka nak pakai toner. Punca dia, tak jumpa facial puff or cotton puff yang selesa dipakai. Kebiasannya, cotton puff ni tebal sangat, bila sapu toner habis tercabut-cabut kapas dia melekat dekat muka..eeeuuwww...

Bosan dah dengan macam-macam jenama, suatu hari I ternampak brand Watsons ni. 1 kotak ada 180 pieces, terus beli sebab nak pakai toner nak tak kena ada cotton puff. Toner tak boleh pakai dap, dap je macam essence tu. Salah ye adik, akak, mak cik, puan...


Facial puff ni nipis je, boleh guna 1 pieces untuk bersihkan solekan yang tak tebal atau sapu toner di muka. Memang berbaloi. Setakat ni I dah pakai facial puff ni dari bulan Oktober 2017. Kira-kira 3 bulan pun tak habis-habis lagi haa....


Nipis je tapi jangan risau, berkesan sangat untuk tanggalkan solekan. Bawah ni I pakai toner. Suka lipat jadi 3 segi macam tu, lagi jimat..ahahaha..


I'm in love dah dengan facial puffs ni..dah tak nak tukar brand dah lepas ni sebab memang direka untuk keperluan pengguna. Satu lagi produk yang berinovasi uoll...and congrats Watsons.



Konsep Minimalis di Olive Tree Hotel

Hai guys,

For those yang selalu kena pergi outstation ke Penang or nak pergi bercuti tapi tak tau nak pilih hotel mana, I recommend Olive Tree Hotel di alamat:


76, Jalan Mahsuri, Bandar Sunway Tunas, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang

I just like the interior decoration. Sangat modern contemporary dan minimalis. Rasa tenang je fikiran dapat berehat di sini. Let's cuci-cuci mata dengan gambar di bawah..