Bee Venom Moisturiser & Repair Skin

Lama dah I cari pelembab tak melekit dan boleh rawat masalah jeragat dan parut. Hari tu I ada cerita pakai gel pelembab jenama Safi kan. Gel tu memang sedap pakai, sejuk je dan mampu mencerahkan kulit tapi masalah jeragat susah betul nak hilang. Jadi...I cuba la pelembab racun lebah ni sebab tengok testimoni ramai cakap natural ingredient dan berkesan rawat macam-macam masalah kulit.


Mula-mula takut juga nak pakai sebab bahan dia daripda racun lebah. Terbayang muka jadi macam kena suntik botox..haha...First time pakai, senang sapu, tak melekit macam krim kecantikan lain...


Pelembab ni cepat habis sebab bekas dia kecik cinonet je...Baru satu bekas ni dah nampak perbezaan iaitu jeragat berkurang dan jerawat cepat kecut. Cuma dalam masa berapa hari tu tak pasti..ada la seminggu dua...lama juga la dan kulit jadi licin dan lembut. Ni bukan licin mengelupas tau tapi licin lembab semulajadi...


Ni I beli one item je tapi Bee Venom ni ada one set. Kalau nak cepat berkesan tu beli la satu set, harga pun tak mahal, satu set RM60 je.

Cuba la, pasti anda rasa perbezaannya...

3 comments:

  1. bee venom slalunya best dan tak mengecewakn...

    ReplyDelete
  2. bee venom ni femes jugak dekat korea hari ni. banyak jugak seller bee venom ni tapi tak tahu la brand yang sama ke tak. kalau dekat korea aritu, 1 lagi yang femes jenis snail tu

    ReplyDelete
  3. So far LZ baca review tentang hasil lebah untuk product kecantikan memang bagus tapi kena cuba sendiri baru puas hati..

    ReplyDelete