Complete Goal Planner 2018

Murah rezeki tahun ni dapat planner cantik dan all-inclusive..alhamdulillah..semoga dimurahkan rezeki sahabat...Ingatkan nak pakai buku latihan matematik biasa tu je, yang ada kotak-kotak kecil tu sebab tak jumpa planner yang betul-betul memuaskan hati. So, pakai buku biasa senang nak buat kotak ke nak conteng ikut suka sendiri kan...asalkan goal achieved!

Tiba-tiba ada kawan ni murah hati nak hadiahkan planner untuk setiap kawan dia..mungkin sebab dah last semester..dah tak ada kelas..jarang jumpa..jadi dengan planner ni jauh di mata dekat di hati la kot..haha...

Apa pun berterima kasih sangat sebab planner ni memang lengkap dan senang nak catit apa-apa je yang terlintas dekat kepala. Jom tengok apa isi dia...I dah lupa mana kawan I ni tempah (ada dekat instagram) tapi yang pasti tahun depan nak pakai planner macam ni lagi...Ke nak tukar corporate image dah?haha...



Cover depan ni ada macam-macam corak. Pilih yang ni dengan harapan dapat travel satu dunia suati hari nanti...Oh, dubai...haha..


Setiap page ada kata-kata inspirasi untuk memulakan bulan yang baru


Kotak untuk monthlu planner ni agak bersaiz besar untuk orang yang tulisan kecil macam I. So, muat nak tulis macam-macam..hehe


Ada page untuk muhasabah amalan rohani dan waktu solat bagi setiap negeri...


Boleh track perbelanjaan harian. Setakat ni I lebih selesa pakai apps..lagi mudah dan cepat..nanti I review I pakai apps apa..


Oh, gambar tak clear..huhu...(maafin..kamera tak canggih). Page ni ada financial goals, life goals, important lesson, the best memories, do more, do less and summary (depend boleh tulis apa-apa je).


Okeh, bagi orang tulisan besar, tak cukup kotak nak tulis dalam monthly planner, boleh catit di sini (blank page). Gambar bawah pun sama. I guna untuk catit ilham atau idea dan wishlist (something that must be consider before you buy)



Look..macam-macam boleh tulis dalam ni..kena kreatif sikit la. Layout dah cantik, depend pada diri sendiri je nak utilize setiap page yang disediakan.


Okeh, belakang sekali ada ruangan untuk penghafal al-qur'an. Sangat bermanfaat. Tapi tahun ni I just tick untuk surah yang dah dibaca sahaja (perlahan-lahan hafal surah pendek dulu). 


Haa...page ni I akan tulis surah apa nak hafal bulan ni, goal bulanan yang nak achieve, daily checklist (rutin harian), exercise log, dan 4 blank sheet tu I buat untuk achieve monthly goal for financial, healthy, education and blogger...Siap ada mood tracker lagi tu (yang ni mood I selalu bercampur-campur, lepas tu rasa macam nak tick semua..hahaha)



Last page ni untuk reflect yoursefl bila tiba hujung tahun dan planning for future...Haa..menarik kan planner ni. Apa pun planner yang anda guna, good luck untuk semua perancangan....Till then, have a nice day...

4 comments:

  1. Mmg best planner ni, Mai pun guna. Tapi risau satu je, takut hancur sbb dia soft cover, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..kena pakai pembalut transparent..

      Delete