Koleksi Produk Safi

I adalah pengguna setia produk Safi dari zaman muda remaja belia lagi. Masa tu kenal Safi je. Biasalah, harga produk Safi kan ekonomi untuk budak-budak sekolah dan paling penting berkesan memutihkan kulit macam kakak-kakak senior (pengaruh rakan sebaya).

Bila dah besar sikit, teringin lah nak pakai produk jenama lain macam model iklan dekat tv tu tapi susah nak serasi..lama-lama balik semula dekat produk Safi. Setia hujung nyawa gitu. So, Safi patut lantik I jadi duta produk dia..ahaha...Bawah ni barang asas penjagaan peribadi macam syampu, perapi rambut, ubat gigi, deodorant dan pelembab muka semua guna jenama Safi. Kalau ada sabun entah-entah dah pakai sabun Safi agaknya...


Simple je kan I ni..hehe...So far, bila I guna produk mahal-mahal, kesan dia tak sebaik guna produk Safi. Cuma pencuci muka je I rasa lebih serasi dengan Eversoft. Tapi dua jenama ni bawah keluaran Winpro Unza juga kan...Haa..tengok, siap buat research company lagi...

I teringat orang pesan, kalau kita dah biasakan diri kita guna macam-macam produk dan demand yang mahal-mahal nanti lama-lama kulit kita pun jadi macam tu. Maksud dia...kulit kita pun demand lah. Bila nak tukar produk harga ekonomi sikit susah dah nak serasi..Kalau dah biasa suntik kolagen, nanti kalau tak suntik dah kulit jadi lagi worst. Kulit kita ni pun manja tau, jadi jangan biasakan dia disuap dengan benda bukan-bukan. Pernah tengok tak, ada orang nampak cantik sangat kulit dia, bersih je..tapi bila check, dia tak pernah pakai produk apa-apa pun..haa...lebih kurang macam tu la maksud dia...

Pendapat peribadi I mengenai produk Safi di atas:



  1. Harga ekonomi walaupun pernah beli Safi Rania Gold and Safi Rania Diamond, I rasa tetap berbaloi harga yang ditawarkan
  2. I serasi dengan Syampu Bio-Nutrix (Buah Delima & Ros Hip) di atas. Sebab tu beli botol besar terus. Harap Winpro Unza jangan berhentikan pengeluaran syampu macam ni please...susah rambut I nak adapt dengan syampu lain pula. Oh, bila pakai syampu ni rambut I still lembut dan segar tapi I tambah perapi nak tambahkan lagi kelembutan (risau la syampu hari-hari nanti kering rambut)
  3. I dah tak jumpa perapi Safi Bio-Nutrix, jadi I beralih kepada perapi Safi Shayla ni cuma I notice rambut I lebih banyak gugur daripada sebelum ni. Mohon improve sikit or bagi suggestion..
  4. Deodorant Buah Delima ni tak melekit dan rasa segar je sepanjang hari compare Brand X..ahaha...Sesetengah deodorant roll-on ni rasa melekit sangat bila berpeluh kan. I pula jenis tak suka pakai deodorant spray sebab I rasa ia banyak chemical dan mahalll..hahaha..
  5. Ubat gigi Safi semua I suka. I dah pernah cuba flavour Oren dan original kayu sugi. Belum cuba yang gamat tu je. Overall, puas hati dengan performance ubat gigi nih..
  6. Eh, ada satu gel pelembab muka. Most krim pelembab Safi sangat berminyak dan tak sesuai dengan kulit muka I. Bila cuba gel ni baru rasa serasi. Mungkin kulit I kering sangat...Tapi gel ni pun susah nak jumpa dijual satu item je...dapat beli pun sebab one set hari tu ada promotion..Mohon pihak Safi luaskan penjualan gel pelembab ni..senang I nak beli..ehehe..Kira I seorang je..bukan kira orang lain dah..haha..
Boleh dikatakan I membesar dengan produk Safi ni. Bermula dari Safi Aloe Vera (produk penjagaan wajah) sampai la keluaran yang diva macam Safi Rania Gold and Diamond. Pada pendapat I, kalau nak pakai produk penjagaan wajah Safi kena pakai satu set dimana sangat la kureng sesuai dengan I yang pemalas nak tepek macam-macam ni...Tapi Winpro Unza ni pun ada keluarkan produk jenama lain yang dah boleh atasi masalah pemalas I tu dengan mengeluarkan produk macam Eversoft. I can feel my skin improve everyday..makin glowing and glowing...

Apa pun barang asas penjagaan peribadi tu I masih stick dengan Safi sebab ia mudah didapati, ekonomi, selamat dan suci gitu...Kalau tak selamat manakan bertahan di pasaran berpuluh tahun kan...dari zaman mak kita dulu pakai Safi dah...

Okeh, itu je kisah I dan barang Safi. Nanti kahwin pun tak ada la demand nak SKII. Bagi je Safi satu set serba berdiri..ahaha...

3 comments:

  1. Byk jugak produk brand SAFI ni kan. Tp cikla mmg pakai minyak zaitun dia. Skng ada mcm2 jenis. Pilih je. Wangi2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pakai minyak zaitun dia..lupa nak upload gambar..hehe..

      Delete
    2. sama la cikyan pon sis..suka produk ni je..yg ni je kena dgn jiwa.. xmelekit...sbb ada sesetengah produk buat kulit muka jd mcm melekit bila pakai.

      Delete