Muhasabah Diri: Kenal Pasti Aura Di Sekeliling

Hai,

I'm come back...hehe..

So many negative talk. I'm surrender. Yass...kena pergi bercuti daripada habiskan masa dengan orang -orang macam ni.

As I mention in one of the post, sekarang ni I dalam proses untuk siapkan research paper. In early stage tapi insyaAllah boleh siapkan dalam masa ditetapkan sebab I tak perlu proposal defense cuma ada viva sahaja...

Kenapa I cakap pasal negative talk?

Bila berkawan ni ada kawan yang positive dan ada yang negative. Kawan yang positive susah nak jumpa selalu sebab mereka focus untuk menghabiskan kerja mereka dalam waktu yang ditetapkan dan mereka akan sentiasa mendorong kita untuk siapkan kerja kita cepat-cepat.

Kawan yang negative akan cari kita, ajak kita lepak-lepak dan cerita semua masalah adalah berpunca daripada orang lain..

Come on...

Kematangan seseorang memang tidak diukur daripada sejauh mana dia belajar tapi daripada sejauh mana dia memahami pengalaman dia yang lepas.



Look at this situation:
  • Bila ada masalah dengan supervisor untuk siapkan research tapi apa yang kita buat adalah menghentam supervisor sendiri setiap masa dibelakang dia. Macam tu, ilmu tak berkat, masalah pun tak selesai. Orang macam ni ego, langsung tak nak belajar dari kesilapan sendiri.
  • Bila orang lain bagi masalah dekat kita, kita rasa stress tahap dewa macamlah orang tu bagi makan pakai kita sampaikan terpaksa fikir pasal apa yang orang buat pada kita. Kalau tak fikir pun tak jejas aktiviti harian kita. Kalau sampai terjejas memang kena ambil tindakan dengan cara yang betul tapi cuba la bertindak dengan cara profesional dan ingat, hukuman Allah tu Maha Adil.
  • Masalah putus cinta...memang sakit. Tapi tak perlu dikenang sampai merosakkan masa depan sendiri. Kahwin atau tak itu ketentuan Allah. Kita dah usaha cari pasangan, kalau Allah tak izin, ingat, ada perkara yang lebih baik akan digantikan. Kita manusia, tak tau apa yang terbaik untuk diri kita. Mulut mak cik bawang? Seronoknya dapat pahala free...thanks mak cik bawang. *sila berhijrah dan jangan jumpa dah spesies mak cik bawang tu (bukan putus silaturrahim tapi menjaga diri supaya tidak terlalu dikelilingi negative vibes).
  • Kita rasa orang tu berniaga tak betul, jual produk kilo. Kita pi hentam kaw kaw sebab nak membuktikan dia buat kerja tak betul. Konon nak educate people. Diri sendiri dah educate belum? Kenapa habiskan masa dengan educate orang? Kalau nak educate sangat jadi lecturer atau cikgu atau pun komen dengan berhemah. Contoh "Maaf nak tegur...bla..bla..bla..cara ni salah...bla..bla..bla..sila berikan penjelasan..." Habis tu dah, tak perlu nak jatuhkan moral orang lain. Ni siap caci maki siap mendoakan yang tak baik. Salah tetap salah tapi cara kita berkomunikasi dengan orang boleh membuatkan tali silaturrahim terputus. Berdosa tau!
  • Mana-mana isu pun jaga pemikiran kita, jaga percakapan kita dan perasaan yang kita nak sampaikan orang lain. Daripada elok ramai kawan, nanti semua kawan lari..heee..sebab tak tahan dengan propaganda dan pemikiran statik awak tu.
dan...

Bila orang bagi pandangan tu sila la take note dari sudut pandangan yang positif. Jangan nak nasi tambah lauk telur dadar letak kicap. Memang sedap tapi nampak sangat diri kita tak boleh terima nasihat orang dan selalu rasa diri kita betul. Bahaya tau sikap macam mana. No attitude, tiada siapa nak ambil kita bekerja atau pun jadi pelanggan kita kalau berniaga.

Kenal pasti aura negatif atau positif disekiling kita sebab aura ni sangat memainkan peranan penting kalau kita nak berjaya. Orang kata biar tak ramai kawan asalkan berkualiti. Maka berhati-hatilah dalam memilih kawan.

I dulu pun pernah termasuk dalam golongan yang bermasalah. Kita semua ada masalah, rasa nak mengadu macam-macam dekat orang lain tapi I sedar sebenarnya benda tu tak perlu pun. Masalah tu Allah yang bagi, mintalah pertolongan dia untuk selesaikan...

Bila kita bercerita dengan orang secara tak langsung kita jadi bias. Kita rasa diri kita je tertindas tapi kita tak muhasabah diri, apa salah kita pada orang lain?

Mustahil orang akan cari pasal melainkan orang tu sakit jiwa dan mental atau pun KKS (kurang kasih sayang). Orang normal masing-masing ada perasaan, jadi masing-masing ada potensi untuk marah bersebab tapi dia tunjukkan dengan perlakuan.

So, adik-adik sekalian..sayangilah diri..jangan jadikan masalah penghalang kejayaan.

Sentiasa belajar daripda pengalaman lepas dan jangan mudah melatah.

Stay focus!


3 comments:

  1. i agreed. thnk you i had a good read here

    ReplyDelete
  2. Perlu harap pd diri sendiri juga to motivate diri sendiri kan

    ReplyDelete
  3. yes betul tu tapi kurang setuju part kenapa kita nak beria educate orang & if we want to do so kena jadi lecturer/guru. Actually awareness kena ada effort dari masyarakat & your post pun sebenarnya inisiatif dari masyarakat cuma cara kita menegur tu yang membezakan. Anyway, nice sharing :)

    ReplyDelete