Non-Woven Facial Puffs

Setelah sekian lama, baru kali ni I rasa suka nak pakai toner. Punca dia, tak jumpa facial puff or cotton puff yang selesa dipakai. Kebiasannya, cotton puff ni tebal sangat, bila sapu toner habis tercabut-cabut kapas dia melekat dekat muka..eeeuuwww...

Bosan dah dengan macam-macam jenama, suatu hari I ternampak brand Watsons ni. 1 kotak ada 180 pieces, terus beli sebab nak pakai toner nak tak kena ada cotton puff. Toner tak boleh pakai dap, dap je macam essence tu. Salah ye adik, akak, mak cik, puan...


Facial puff ni nipis je, boleh guna 1 pieces untuk bersihkan solekan yang tak tebal atau sapu toner di muka. Memang berbaloi. Setakat ni I dah pakai facial puff ni dari bulan Oktober 2017. Kira-kira 3 bulan pun tak habis-habis lagi haa....


Nipis je tapi jangan risau, berkesan sangat untuk tanggalkan solekan. Bawah ni I pakai toner. Suka lipat jadi 3 segi macam tu, lagi jimat..ahahaha..


I'm in love dah dengan facial puffs ni..dah tak nak tukar brand dah lepas ni sebab memang direka untuk keperluan pengguna. Satu lagi produk yang berinovasi uoll...and congrats Watsons.



2 comments:

  1. eh, sama. tak berapa gemar kapas yang melekat-lekat tu. nak try la ni. thanks share pasal ni

    nampak macam ala-ala wet tissue pun ada gak. boleh beli nanti. kalau potong-potong lagi jimat. hahahaha. kemain rajin nak potong

    ReplyDelete
  2. Oh, GV baru tahu ada produk nie. Watson mmg terbaik. :)

    ReplyDelete