Place to Visit : Terengganu

Bagi sesiapa yang merancang bercuti ke Terengganu, jangan lupa check-in Hotel Tanjong Vista di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung Kapur, Kuala Terengganu. Apa yang menarik, dari kawasan kolam renang hotel ni boleh lihat pemandangan laut. Kolam renang ni pun agak tertutup, ala-ala private berdekatan kawasan gymnasium. 




Cadangan tempat menarik dekat Terengganu ni ialah Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal. Kalau pergi Terengganu, sila la sampaikan diri sendiri ke sini. Tahun I pergi tu..nak masuk Taman Tamadun Islam ada passport, tahun ni tak pasti la macam mana sistem dia. Passport dia murah je..kena beli dekat kaunter. Bukan passport pergi luar negara tu ye..haha..



Berdekatan Taman Tamadun Islam tu ada tempat makan dan tempat orang naik cruise. I tak pernah cuba lagi..sob..sob..


Oleh sebab Taman Tamadun Islam tu tersangatlah luas dan kami datang pun waktu tengahari panas merembang, jadi kami decide nak naik kereta api je. Kita boleh pilih nak turun di stesen mana. I pun tak ingat dah bayaran masuk dan berapa jam dikenakan untuk sekali masuk.


Apa ada dalam taman ni? Ada monumen-monumen masjid di seluruh negara. Monumen atau replika ni ada yang direka besar (boleh masuk) macam Taj Mahal ni dan ada yang direka kecil (untuk bergambar sahaja).


Koleksi celak mekah ni dah tak ingat masuk tempat apa..ahahaha..Tapi yang ni la celak yang boleh sembuhkan masalah rabun mata..bukan celak macam zaman sekarang tu ye adik-adik...Susah dah nak jumpa celak mekah original. Risau ada je orang jual barang tiruan kan.


Taman Tamadun Islam ni sesuai la untuk berjalan-jalan dengan keluarga tenangkan fikiran. Kawasan dia pun cantik sangat...Mana lagi tempat menarik di Terengganu? Yang I tau keropok lekor je la..ahaha..Lama dah ajak orang lain berjalan semata-mata nak makan keropok lekor di tepi pantai. Harap misi tercapai la tahun 2018 ni..hehe..Anyone please suggest tempat menarik di Terengganu..

No comments:

Post a Comment