Rajin vs. Pandai

Masa sekolah dulu cikgu selalu tekankan usaha tangga kejayaan kan.

Kenapa cikgu tak cakap pandai tangga kejayaan? Kalau la semua orang boleh berjaya dengan pandai sahaja tak perlu la berusaha datang ke sekolah untuk belajar, tak perlu susah payah buat latihan sebab dah pandai...boleh jawab soalan sambil makan kacang kuda..

Kenapa dah habis SPM orang susah payah masuk universiti sambung belajar?

Kenapa dah kerja pun sibuk-sibuk nak pergi kursus asas peningkatan diri dan kursus itu ini...

Kenapa kalau tak pandai pun masih perlu berusaha untuk belajar kemahiran lain-lain?

Nampak tak USAHA di situ memainkan peranan yang sangat penting dalam hidup kita. Nak makan pun kena usaha suap sendiri, kalau tak kebulur la sorang-sorang...

Ya, orang pandai selalu dilihat boleh pergi jalan shortcut untuk berjaya bergantung kepada macam mana dia gunakan kepandaian dia. Kalau pandai menipu, pandai kelentong...tak lama la hidup dalam kebahagiaan tu..

Tahukah anda, mencapai sesuatu dengan usaha dan penat lelah sendiri adalah satu kepuasan. Bila kita sedar yang kita tak pandai, tapi kita tetap usaha untuk belajar sesuatu perkara..lama-lama kita tetap akan jadi pakar...

Tak percaya? Cuba tengok berapa ramai orang yang kurang pandai sekarang dah jadi billionaire pun...Sebab dia ada usaha nak ubah nasib hidup dia,sebab dia tau dia tak pandai tapi nak hidup senang...

Kalaulah kita rasa diri kita dah cukup pandai..dah tak perlu belajar lagi agak-agak berjaya ke hidup kita dimasa akan datang? Pasti akan ada perubahan dalam kehidupan yang memerlukan kita untuk terus kekal belajar. Belajar bukan sahaja on paper...macam-macam benda anda boleh explore dalam dunia...ilmu yang diturunkan kepada manusia ni ibarat buih-buih dilautan...Nampak tak betapa luasnya ilmu tu?

Cuma tengok gambar dibawah, agak-agak kalau kita tak rajin dan tak ada usaha nak belajar, dapat capai ke azam kita tu?




Memang akan ada manusia yang berkata-kata buat apa susah payah nak belajar, nanti kerja belum tentu gaji besar, annti terkial-kial nak mulakan hidup. Biarkan dia..sebab dia tak pandang jauh..vision dia cukup hanya batas hidup ni untuk habis belajar, kahwin, ada anak, tua, pencen....

Bukanlah nak cakap kita akan hidup lama cuma praktikalnya buatlah apa sahaja yang kita rasa dapat memberikan kepuasan tapi jangan tinggalkan ilmu...jangan buat sesuatu tanpa ilmu dan jika sudah ada ilmu praktikkan...haa..gitulah konsepnya...

Kerana pada akhirnya semua akan disoal apakah perkara bermanfaat yang pernah kita lakukan dan apakah kita amalkan ilmu yang kita dapat? Mungkin ada yang takut disoal seremm belajar itu ini tapi tak praktikkan. Ingat..ilmu ni boleh kita aplikasikan dalam hidup kita contoh mungkin kita belajar tinggi-tinggi kita kenal ramai orang,dari situ kita boleh selamatkan diri kita daripada mudah ditipu oleh orang. Kita boleh jadi ibu bapa yang baik untuk mengajar anak-anak tentang pelajaran disekolah dan macam-macam lagi...

So, buanglah tanggapan malas nak belajar tu dan jadikan 2018 ni tahun untuk menjadi seseorang yang lebih baik dan berpelajaran. Mudah-mudahan dengan ilmu dapat selamatkan moral dan akhlak anak-anak yang semakin rosak, yang gila glamour pun semakin ramai...Golongan remaja macam ni lebih mudah ditipu bila ibu bapa tak memainkan peranan yang penting ketika umur mereka masih kecil..

Tapi sebagai golongan remaja dah besar panjang tak perlu salahkan ibu bapa, mulakan dari sekarang untuk menjadi remaja yang berwawasan ye adik-adik. Jadilah beauty with brain macam Neelofa dan Vivy Yusof..

Sekian bebelan akak yang dah separuh usia..hahaha...

4 comments:

  1. setujuu! worth entry to read on :))

    jemput join segmen azah : http://zaza96.blogspot.my/2018/01/pencarian-bloglist-2018.html

    ReplyDelete
  2. Keep trying and dont easily give up. No matter you're clever or less.

    ReplyDelete
  3. betul tu kadang yang pandai ataupun berbakat ni tapi kalau malas memang tak ke mana.

    ReplyDelete