Tips Mudah Halau Cicak

Baru lepas berperang halau cicak. Masih trauma, masih teringat-ingat cicak tu berkeliaran dalam bilik ni. Tu cicak yang berjalan atas lantai, warna kelabu, saiz sederhana..huuu....I tak tau cicak apa yang pasti dia telah mengganggu ketenangan hidup I sejak beberapa minggu ni. I dah pernah halau dia keluar sekali tapi dia datang balik dan I decide nak beli spray serai wangi jenama Afy Haniff tu sebab dekat rumah memang pakai spray u untuk halau semut. I mean halau...I tak ada niat nak membunuh..huhu...

First try, dia tak nak lari, lari sampai depan pintu bilik terus patah balik dan menyorok. I ingat dia dah keluar tapi masih trauma mana tau tiba-tiba ada menjalar..eeeuww...I hate cicak! I rasa insecure sebab I tak nampak dia keluar hari tu. Hari ni tengah I bersemangat nak buat research proposal, dia pun bersemangat nak sapa I, tiba-tiba je menjalar dekat kepala katil. OMG!!! Selama ni dia ada la..dia tidur sekali dengan I ke apa...huwaaaa....Kenapa, kenapa dia pilih bilik I sedangkan I selalu mop lantai dan buang sampah setiap hari. Cicak tu seekor je suka datang tanpa di undang. Haiwan lain mana pernah masuk bilik I setakat ni. Cicak dinding warna coklat tu pun tak pernah.

I risau dia cicak jelmaan (ada ke..) Oleh tu I cakap elok-elok suruh keluar dia degil, I spray light-light pun degil juga. Hari ni I pakai cara kasar, I siram terus air serai wangi tu seluruh bilik ni, tak ada spray dah (oh, kepala spray Afy Haniff tu selalu bermasalah...bila spray banyak kali, spring dia tercabut..masuk kali ni dah dua kali I kena...harap pihak QA Afy Haniff pantau la pembuatan kepala spray tu).

Sumber : Google

Oleh sebab susah nak spray, I pergi curah satu bilik. Mana pun cicak tu menyorok dia pasti keluar. Dia jadi macam mabuk pun ada. So, I terpaksa tolak keluar guna penyapu. I hope dia mati dah la...(dapat pahala ea bunuh cicak). I baca dalam internet serai wangi tu juga boleh menghalau atau membunuh cicak kalau spray tepat dekat cicak tu. Apa pun, tu lah sejenis makhluk yang paling I benci. Semua barang yang terkena dia mesti I cuci bilas pakai sabun lain-lain jenis. Sangat penggeli dengan cicak. 

Okeh, lepas ni boleh prepare spray serai wangi tu walaupun ada masalah dengan kepala spray tu at least berkesan mengatasi masalah fobia cicak I ni..huhu...

6 comments: