Bersyukur Bila Senang, Bersabar Bila Ditimpa Ujian

Hai,

Sedikit perkongsian untuk renungan bersama...

Daripada  Abu Yahya Suhaib bin Sinan ra katanya sabda Rasulullah S.A.W,“Sungguh menakjubkan urusan (pekerjaan) seorang mukmin (yang sempurna imannya) semua yang berlaku ke atas dirinya adalah baik belaka. Ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin iaitu jika beroleh kesenangan, dia bersyukur dan syukur itu lebih baik baginya dan jika dia ditimpakan kesusahan dia bersabar dan sabar itu lebih baik baginya.” (Riwayat Muslim)

Huraian Hadith:
  1. Kehidupan mukmin yang sempurna imannya dipenuhi dengan kebaikan dalam apa jua keadaan yang dialaminya, suka atau duka, senang atau susah, kaya atau miskin.
  2. Setiap orang Islam itu dikehendaki bersabar kerana sifat sabar itu adalah sifat orang-orang mukmin sama ada dalam keadaan senang atau susah.
  3. Kesabaran ketika ditimpa musibah adalah baik kerana ianya sebagai penambah pahala dan penghapus dosa.
  4. Setiap orang wajib mensyukuri segala kesenangan dan kenikmatan dari Allah S.W.T dengan menggunakannya pada perkara yang menepati hukum syara’.

Bahan-Bahan Tiramisu

Kemas kini gambar-gambar lama, terjumpa gambar main-masak-masak ni dulu.

Kemain buat kek tiramisu masa di rumah sewa. Sedap tapi harga barang-barang melambung tinggi. Nak lagi kena pakai whipping cream dan cream cheese. Bagi I jenama Emborg ni terbaik tapi harga dia terbeliak mata sekejap.

Ada orang pakai biskut butterfinger tapi I ganti dengan kek span (can be orange or pandan flavour). Then, ganti milo dengan vico (asal ada barang dekat dapur je..tak perlu cari barang lain dah). Kopi tu I pakai Old Town White Coffee nak bagi rasa pahit-pahit manis.

Step by step macam mana buat tiramisu ni I dah lupa. Boleh Google la..hehe..


Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana

Hai,

Kembali bersegmen setelah sekian lama menyepi. Hadiah menarik, ada rezeki dapat tote bag atau pun pen. Cara nak sertai? Klik banner dibawah...Syarat simple je, don't worry..


Pengajaran Kisah Bawang Merah Bawang Putih

Hai,


Minggu ni mimpi apa entah tiba-tiba melayan sinetron bawang putih bawang merah..hahaha...Cerita tahun 2004 ni legend betul. Berapa ratus episod entah tapi layan juga waktu tu. Siapa layan sinetron ni sep sikit..hehe..

Mungkin ada yang beranggapan sinetron ni merapu je, drama sangat bila tengok ibu siska tu jegil-jegil mata..hahaha..Lepas tu dari sinetron ni la terkenal dengan pergerakan slow motion sinetron ya ampunnnnnn..haha..

Sebenarnya tak ingat dah jalan cerita dia, ni baru tengok episod 1. Dulu tak celik IT, tak ada YouTube. Sekarang tengok dekat YouTube je dengan kelajuan WiFi kolej yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.hehe...Episod pertama lagi dah menampakkan pengajaran disitu. Rupa-rupanya punca segala mak nenek dalam cerita ni bermula daripada Siska. Si bawang merah tu la yang serba serbi tak puas hati dengan kesenangan dan kebahagiaan orang lain. Kerja malas, tau nak merungut dan komplen je.hahaha...

Si Siska ni mula-mula tak senang dengan pencapaian si bawang putih, lepas tu melarat tak boleh tengok orang tu hidup senang siap menghasut mak dia kenapa hidup dia tak kaya-kaya siap pertikaikan Tuhan tak adil. Setiap masa hasut mak dia supaya jad jahat. Kesian mak dia terpengaruh.hahaha...

Penjagaran di sini, kalau nak bahagia, nak hidup senang, jangan pernah pertikaikan kerja Tuhan, jangan bandingkan hidup kita dengan hidup orang lain, tetap jalani hidup ni dengan penuh kesungguhan...Bila dalaman kita tak elok, terpancar dekat luar. Orang tengok pun rasa tak suka. Haa.. lepas tu jangan nak merungut kenapa tak ada orang sayang. Tanya pada diri, ada ke dengki pada hidup orang lain. Bila tengok orang lain bahagia, kita pun tumpang gembira, bukan rasa cemburu dan nak melaga-lagakan orang ye bawang-bawang merah sekalian..haha..

Setiap kali kita tak dapat apa yang kita hajati, periksa kembali hati kita sendiri..

Sentiasa positif dan sebarkan perasaan sayang untuk semua orang..barulah hidup kita tenang dan gembira selalu..


Segmen Jari Jemari Menari Bloglist

Hai, bersegmen lagi hari ni..kihkih...

Sebagai support first segmen blog ika...

Macam biasa, sila klik banner di bawah untuk syarat-syarat yang simple...