Bersyukur Bila Senang, Bersabar Bila Ditimpa Ujian

Hai,

Sedikit perkongsian untuk renungan bersama...

Daripada  Abu Yahya Suhaib bin Sinan ra katanya sabda Rasulullah S.A.W,“Sungguh menakjubkan urusan (pekerjaan) seorang mukmin (yang sempurna imannya) semua yang berlaku ke atas dirinya adalah baik belaka. Ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin iaitu jika beroleh kesenangan, dia bersyukur dan syukur itu lebih baik baginya dan jika dia ditimpakan kesusahan dia bersabar dan sabar itu lebih baik baginya.” (Riwayat Muslim)

Huraian Hadith:
  1. Kehidupan mukmin yang sempurna imannya dipenuhi dengan kebaikan dalam apa jua keadaan yang dialaminya, suka atau duka, senang atau susah, kaya atau miskin.
  2. Setiap orang Islam itu dikehendaki bersabar kerana sifat sabar itu adalah sifat orang-orang mukmin sama ada dalam keadaan senang atau susah.
  3. Kesabaran ketika ditimpa musibah adalah baik kerana ianya sebagai penambah pahala dan penghapus dosa.
  4. Setiap orang wajib mensyukuri segala kesenangan dan kenikmatan dari Allah S.W.T dengan menggunakannya pada perkara yang menepati hukum syara’.

7 comments:

  1. tq for sharing. had this kind of thoughts from time to time. but kadang2 selalu terlupa

    ReplyDelete
  2. betul2
    kena sentiasa bersyukur dan berusaha

    ReplyDelete
  3. thanks sudi share .. untuk ingatan jugak

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing. Kita sering mudah lupa, sama2 saling mengingati

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerana mengingatkan. Betul kita kena sentiasa bersyukur. InshaAllah.

    ReplyDelete