Pengajaran Kisah Bawang Merah Bawang Putih

Hai,


Minggu ni mimpi apa entah tiba-tiba melayan sinetron bawang putih bawang merah..hahaha...Cerita tahun 2004 ni legend betul. Berapa ratus episod entah tapi layan juga waktu tu. Siapa layan sinetron ni sep sikit..hehe..

Mungkin ada yang beranggapan sinetron ni merapu je, drama sangat bila tengok ibu siska tu jegil-jegil mata..hahaha..Lepas tu dari sinetron ni la terkenal dengan pergerakan slow motion sinetron ya ampunnnnnn..haha..

Sebenarnya tak ingat dah jalan cerita dia, ni baru tengok episod 1. Dulu tak celik IT, tak ada YouTube. Sekarang tengok dekat YouTube je dengan kelajuan WiFi kolej yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.hehe...Episod pertama lagi dah menampakkan pengajaran disitu. Rupa-rupanya punca segala mak nenek dalam cerita ni bermula daripada Siska. Si bawang merah tu la yang serba serbi tak puas hati dengan kesenangan dan kebahagiaan orang lain. Kerja malas, tau nak merungut dan komplen je.hahaha...

Si Siska ni mula-mula tak senang dengan pencapaian si bawang putih, lepas tu melarat tak boleh tengok orang tu hidup senang siap menghasut mak dia kenapa hidup dia tak kaya-kaya siap pertikaikan Tuhan tak adil. Setiap masa hasut mak dia supaya jad jahat. Kesian mak dia terpengaruh.hahaha...

Penjagaran di sini, kalau nak bahagia, nak hidup senang, jangan pernah pertikaikan kerja Tuhan, jangan bandingkan hidup kita dengan hidup orang lain, tetap jalani hidup ni dengan penuh kesungguhan...Bila dalaman kita tak elok, terpancar dekat luar. Orang tengok pun rasa tak suka. Haa.. lepas tu jangan nak merungut kenapa tak ada orang sayang. Tanya pada diri, ada ke dengki pada hidup orang lain. Bila tengok orang lain bahagia, kita pun tumpang gembira, bukan rasa cemburu dan nak melaga-lagakan orang ye bawang-bawang merah sekalian..haha..

Setiap kali kita tak dapat apa yang kita hajati, periksa kembali hati kita sendiri..

Sentiasa positif dan sebarkan perasaan sayang untuk semua orang..barulah hidup kita tenang dan gembira selalu..



Tapi jangan la jadi noob sangat macam bawang putih tu. Kena macam-macam pun redhoo...Kita dikurniakan akal fikiran, bertindaklah dengan akal fikiran. Kalau perlu berhijrah, berhijrahlah..bukan biar diri sendiri tersiksa hidup dengan mak tiri dan kakak tiri macam dalam cerita sinetron.

I ada baca buku tips pasal rezeki tapi dah lupa tajuk dia. Pengalaman hidup kita ni pun salah satu rezeki. Tanpa pengalaman hidup kita mungkin mudah ditipu dan tak kenal ramai orang...Apa kaitan cerita ni dengan rezeki? Yelah, Siska tu ingat rezeki ni jadi kayak ajaaa tapi dia tak tau yang rezeki ada macam-macam bentuk seperti ketenangan hati, kebahagiaan, ramai kawan, disayangi..Kalau dia baik pun dah cukup, tak perlu jadi kayak mungkin ramai yang akan menghulurkan bantuan.

Bila dah jahat, kawan pun lari, lelaki pun tak nak mak cik bawang macam tu kan..hahaha..

Hidup ni biar susah macam mana asalkan hati kita baik dan memberi manfaat pada orang lain, sekurang-kurang tidak menyusahkan orang pun dah kira bagus dah..

Ayuh, nonton sinetron tapi nonton apa pun biar dikasi pengajaran kok..hehehe...


7 comments:

  1. sinetron paling legend.. punyalah panjang tapi ending dia boleh bikin orang marah.. hehehe

    ReplyDelete
  2. dulu siap ponteng sekolah agama sebab nak tengok ending tapi aihhhh menyesal ponteng sebab ending dia mintak penampar

    ReplyDelete
  3. Yess, dulu balik sekolah memang suka gila tengok nih, favourite always kot !
    Walaupun merapu, tetap tengok till the last episode..haha

    ReplyDelete
  4. hahaha sinetron zaman sekolah dulu-dulu.. aihh baca ni teringat pulak.. aduhh ending hahahaha

    ReplyDelete
  5. Dulu layan cerita nih jadi stress dibuatnya tau

    ReplyDelete