Tips Hidup Bahagia Secara Realistik

Hai, hai, dan hai..

Bertemu kembali kita di alam maya...

Kembali bersiaran sebab hari ni I sakit kepala buat research, jadi ubat dia adalah menulis blog. Macam satu terapi uollss..

Tulis blog ada pula idea, nak menulis ilmiah tu diaaaa punya godaan syaitonirrajimm..macam-macam hal melanda. Doakan I cepat habis belajar ye. Nak membina kehidupan baru pula selepas ni.ahaha..

Sebelum tu sebagai tanda penghargaan kepada Mek Zumbie sebab pilih blog I sebagai pemenang hadiah saguhati. I really appreciate tapi I tak claim hadiah bersebab. Apa pun I hargai sangat dan memang berniat join sebagai support sesama blogger.


http://mekzumbie.blogspot.my/2018/02/pemenang-hadiah.html 

Nak membebel pasal bahagia je hari ni. Bila I search tips hidup bahagia banyak keluar macam-macam pendapat. Mostly tekankan you kena buat macam tu macam ni untuk hidup bahagia. Tidak dinafikan tips tu membantu juga seperti contoh, kita perlu memaafkan orang sebelum tidur. Ia logik tapi sejauh mana kita dapat pertahankan. Hari ni mungkin kita ingat, esok kita lupa.

Kunci bahagia di sini bukanlah terletak pada orang, pada benda, pada sesuatu  tapi pada diri kita. Deep down in our heart, apa yang kita rasa?


I tak bersetuju kalau orang cakap you must achieve your dreams before you kahwin, then baru you akan bahagia. You must have the car, house, husband, child untuk rasa bahagia...It's a tool guys...an achievement...Kita dapat achieve something yang kita nak memang kita akan rasa puas tapi bahagiakah kita?

Ya, saya bahagia tapi bukan sebab materiality tapi sebab saya dah laksanakan tanggungjawab saya sebaik mungkin. It's more realistic!

Saya bahagia jadi pelajar sebab saya dapat belajar ilmu baru setiap hari dan saya dapat sampaikan perkara bermanfaat pada orang lain.

Saya bahagia jadi ibu sebab saya dapat sayang dan didik anak saya sebaik mungkin.

It's not just saya bahagia bila ada anak, saya bahagia bila belajar tinggi-tinggi..

Bila kita silap tafsir perasaan bahagia tu, once something happen like ada masalah ketika belajar, konflik dalam perkahwinan we turn our opinion into a statement "aku tak bahagia dengan dia, ni bukan jalan aku.."

Setiap yang kita jalani dah ditetapkan, ada baik, ada buruk..pengalaman setiap dari kita masing-masing berbeza cuma bergantung pada diri kita macam mana kita nak jalani kehidupan ni dengan perasaan yang bahagia sesungguhnya..

Satu lagi kunci kebahagiaan di sini ialah kebaikan dan kasih sayang. Fitrah setiap manusia ingin disayangi, dicintai, mencintai dan dilayan dengan baik. Biar orang cari masalah dengan kita, kita jangan cari masalah dengan orang. Balas kejahatan orang dengan kebaikan kerana 'Cinta Pasti Menang' bak kata Ustazah Fatimah Syarha. Nabi SAW sendiri adalah contoh tauladan terbaik dalam mendidik manusia dengan akhlak dan kasih sayang walaupun Baginda diuji dengan bermacam karenah manusia.

Bukan bermaksud kita perlu biar musuh kita buat sesuka hati. Bila sampai satu tahap yang mereka sendiri tak mahu berubah, tiada cara lain selain berhijrah. Kadang-kadang manusia diberi peringatan atau pengajaran selepas mereka ditinggalkan. Sesetengah manusia akan menghargai selepas sesuatu perkara tu dah tiada.

Kita jangan jadi macam ni. Kita sendiri perlu ada inisiatif untuk sayang semua orang dan beri manfaat pada orang lain kerana pada satu saat orang tu pergi dari hidup kita, kita tidak akan rasa terkilan yang sangat lama. Mungkin kita sedih tapi kita tahu kita dah buat yang terbaik dan Allah sahaja yang mampu memberi ganjaran terbaik buat kita. Bila kita cakap pedih untuk melupakan seseorang kemungkinan kita masih belum ikhlas menyayangi dia...

Okeh, dah kenapa I macam pakar kaunselor?

I suka share pasal pengalaman yang I kutip daripada orang sekeliling. Ia juga ilmu dan patut dikongsi kepada semua orang..Pengalaman yang tiada didalam buku atau mana-mana sekolah dan universiti..

Till then, have a nice public holidays and happy chinese new years...

p/s: I tak cuti..sob..sob..sob..

No comments:

Post a Comment