PRU14 - RAKYAT BERSUARA

Hi,

I'm back...

Last post - March 2018...

Now - May 2018...

Not so long...haha...

Mana I pergi? Sibuk dengan thesis sampai banyak perkara terpaksa dikorbankan. Tidur, makan, keluar bersosial. Bila dapat keluar sekali tu rasa macam heaven sangat. Semua ni gara-gara struggle nak habiskan belajar semester ni juga. Kejayaan perlukan pengorbanan.

Bila terlalu fokus pada satu perkara, blog pun terabai sudah...sampai I lupa akaun emel..bhahaha...nasib baik dapat hint dah boleh log in macam biasa.. Kalau tak dah tak pasal buat akaun baru lagi...

Macam-macam jadi a few months ni. Buat research is no joke. I cuma kena buat research paper je tapi disebabkan nak habiskan juga dalam satu semester, I punya pulun like buat phd thesis..haha..

So tired especially bila ada je dugaan dan gangguan. Time ni la keluar segala drama...drama apa malas nak cerita...

Mengenai keputusan PRU ke 14, tahniah diucapkan kepada kerajaan baru. Gunakan kuasa yang diberi oleh rakyat untuk mentadbir dengan baik dan memperbetulkan mana-mana salah laku yang terdahulu...

Kepada kerajaan lama yang sudah bertukar tempat menjadi pembangkang, gunakan masa yang ada untuk muhasabah diri dan perbaiki mana-mana kesilapan..

Rakyat Malaysia ramai yang educated. Rakyat tahu mana baik, mana buruk. Rakyat nampak mana betul, mana salah. Kepada yang tidak tahu, jangan sangka segala perubahan boleh berlaku sekelip mata..semua perlukan perancangan yang rapi...Rakyat bukan sengaja mahu mencuba. Rakyat sudah muak dengan permainan politik. Kami perlukan sesuatu yang professional.

I salute with KJ sebab dia tunjukkan professionalisme dia dan beberapa pendedahan dilakukan oleh artis terkenal mengenai salah laku pemimpin kita. Now, media sosial memang banyak mempengaruhi hidup anak muda. Gunakan saluran itu dengan betul.

Kita tak perlu bertelagah..ambil iktibar mana yang baik dan jadikan sempadan mana yang buruk.

Kerajaan lama ada juga berjasa. Kerana perangai segelintir manusia yang tamakkan kuasa, rakyat terpaksa mencari alternatif lain untuk selamatkan Malaysia. I think we should change and give the power to the specialist. Menteri kesihatan dipegang oleh doktor pakar perubatan, menteri pendidikan diberi kepada professor bertauliah.

Tiada la keluar statement:

"Nak jimat, pelajar kena memasak..." (tak pernah masuk u ke, tong gas pun haram bawa masuk kolej)

Apa pun, universiti kena memainkan peranan penting untuk melahirkan generasi yang berkualiti bukan sekadar pandai akademik. It's two years I belajar Master. I terkejut dengan fenomena pelajar belajar Master sebab nak sijil, sebab nak naik pangkat, sebab ikut kawan...Bila buat kerja berkumpulan semua kelaut..semua gara-gara tiada keikhlasan menuntut ilmu dan tidak mustahil perkara tersebut akan terbawa-bawa ke alam pekerjaan.

The most important thing..betulkan niat. Biar bodoh macam mana pun kalau niat kita ikhlas dan baik, insyaAllah usaha kita akan dipandang oleh manusia lain dengan izin Allah like what happened now..kerajaan baru mungkin betul-betul ikhlas nak stabilkan balik keadaan ekonomi, beri mereka peluang dan jangan timbulkan sebarang ketegangan..

Kerja rakyat dah habis iaitu keluar mengundi. Sekarang jangan ambil kerja mereka untuk mentadbir negara sebaik mungkin. Kita cuma perlu bersuara secara professional jika ada perkara yang tidak kena, bukan mencari salah mana-mana pihak.

Peace.

No comments:

Post a Comment